Sejak petang tadi, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki yang bertindak kasar dengan merampas beg seorang pemandu wanita yang mengandungi kad pengenalan kerana bimbang dia melarikan diri.
Walaupun kereta lelaki itu yang menjadi mangsa pelanggaran, namun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang begitu kasar kerana dia sama sekali tidak mempunyai hak untuk memegang kad pengenalan orang lain.
Marah sangat kereta dilanggar
Video tersebut telah dimuat naik oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @zairulnaimft apabila memberi nasihat supaya tidak melakukan tindakan kurang cerdik jika berlaku kemalangan kepada pemandu jalan raya.
Ramai rasa tindakan tak wajar
Walaupun tiada sebarang penjelasan mengenai kejadian yang berlaku, namun menerusi ruangan komen pengguna TikTok tersebut, ramai yang merasakan tindakan lelaki itu tidak wajar kerana meminta kad pengenalan orang lain sesuka hati adalah satu kesalahan.
Lebih memburukan keadaan apabila dia mengambil beg pemandu wanita itu secara paksa dan membawa masuk ke dalam keretanya bagi dengan alasan enggan pemandu tersebut lari daripada bertanggungjawab diatas pelanggaran tersebut.
Dah viral macam ni lagi bahaya
Patut ambil gambar plat kereta dan IC cukuplah
Salah ambil barang peribadi orang
Elok2 tak kena apa2, dah boleh kena dakwa
Sumber: TikTok @zairulnaimft