Tak Kekok Jaga Ibu Sakit, Wanita Kongsi Video ‘Sweet’ Anak Prihatin

Hati ibu mana tidak tersentuh apabila melihat anak yang masih kecil berkelakuan seperti orang dewasa dengan mengambil berat terhadap orang tua yang kurang sihat.


Bagi seorang usahawan Wan Nur Siti Aisyah, dia sudah tentu bersyukur apabila dikurniakan cahaya mata sulung Rayyan Mikail yang seolah-olah mengerti tentang kesakitan si ibu meskipun baru berusia lima tahun.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, wanita berusia 25 tahun itu memuat naik video memaparkan dirinya berada di atas kerusi roda elektrik sambil ditolak oleh anaknya yang juga mesra dipanggil sebagai Yennn.

Terima kasih anakku sayang!

@shahasan123Tq anakku syg ❤️ #fyp #fypシ #foryou #cute #scoliosis #trending

♬ suara asli – gabut woi – gabut woi

Difahamkan, usahawan yang lebih dikenali sebagai Sha Hasan itu mengalami ‘scoliosis’ atau tulang belakang bengkok sekali gus memerlukan beberapa tempoh rawatan untuk kembali sembuh seperti biasa.

Bawa mommy ambil angin…

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)

Sementara itu, menerusi perkongsian berbeza, sebuah lagi video memaparkan Rayyan tidak kekok menyediakan pinggan mangkuk yang dibawa dari tingkat bawah rumah sebelum ibunya menikmati juadah makanan.

“Pandai ambil hati..” – Netizen

@shahasan123Reply to @frhndi4 🥲🥲

♬ Terima Kasih – zzack🍁

Malah dia percaya, sikap murni anaknya itu mungkin dicontohi daripada suaminya Al-Hafiz Zakaria yang turut memikul tanggungjawab dengan penuh kasih sayang sebagai ketua keluarga.

Terima kasih suami sentiasa bersama

@shahasan123Reply to @ijati1 😭 #fyp #keeprunning #pubgmjinx #fypシ #trending #foryou #sadsong

♬ suara asli – Hi, ini meme – 𝑴𝒆𝒎𝒆𝒊𝒏𝒊𝒎𝒆𝒎𝒆🐹

Sumber: TikTok @shahasan123 , Instagram @shahasan22