KETIKA kecoh kisah usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli membawa diri ke Indonesia kerana mer4juk, Datuk Seri Vida mempersoalkan kemampuan bekas pembantu peribadinya itu dalam mencari pengganti.
Ujar ahli perniagaan sensasi itu, dia yakin Iqbal tidak berjaya menemui penganti baharu di negara seberang itu lebih-lebih lagi wanita yang seperti dirinya.
“Kata dia nak cari penganti di Indonesia, tapi boleh ke nak cari penganti macam aku? Saya rupawan dan genit-genit manja.
“Kau mampu nak cari pengganti seperti aku? tidak sekali-kali! Sekarang saya enjoy dengan kehidupan saya” katanya kepada mStar.
Sementara itu, Vida turut bersyukur anaknya iaitu Cik B telah kembali pulih selepas dijangkiti cov1d-19.
“Akhirnya Cik B dah bebas daripada cov1d-19, Alhamdulillah proses penyembuhan sangat cepat dan saya sangat bersyukur,” katanya.
Terpikat Dengan Sikap Lemah Lembutnya, Iqbal Mahu Dekati Rossa
Ambil keputusan membawa diri ke negara Indonesia, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkifli memberitahu kini cuba mendekati penyanyi terkenal negara seberang, Datuk Sri Rossa.
Iqbal, 27, yang menemui penyanyi lagu Pudar itu pada Ahad menyifatkan beliau seorang yang lemah lembut, sopan dan minimalis dalam berfesyen.
“Semalam saya dijemput untuk tayang perdana filem Love Knots dan kebetulan Rossa ada hadir sebagai salah seorang yang penting dalam filem itu.
“Saya rasa saya nak kenal Rossa dengan lebih dalam dan dekat sebab dia sangat humble. Tapi tak ada niat nak rosak hubungan dia dengan siapa-siapa pun hanya nak berkenalan.
“Saya suka tengok dia, dia profesional, humble, low profile, tak gedik, sopan, bercakap pun tak bising, minimal, tidak sarat bila berfesyen dan bercakap pun lemah lembut,” katanya kepada mStar.
Ujar Iqbal, selepas berpindah ke Indonesia dia berasa lega kerana kedatangannya disambut baik netizen di negara itu.
Dia yang berniat untuk tinggal lama di sana cuba untuk mencari peluang dan ruang memasuki pasaran Indonesia sekiranya ada rezeki.
“Saya rasa akan duduk lama dekat sini tapi tak tahu sampai bila sebab rasa tak berapa tenang dekat Malaysia.
“Saya juga dalam proses untuk masuk program TV di sini tapi tak berani lagi nak confirm, masih dalam perbincangan.
“Saya juga try nak approach Melly Goeslow untuk buat lagu, tapi tengok dulu rate mereka. Saya suka dengan melodi dan arrangement lagu mereka.
Dalam pada itu, tambah penyanyi lagu Hujan ini, dia mahu mencari ketenangan dan mengelakkan diri daripada memikirkan masalah yang tercetus di Malaysia.
“Yang sejujurnya saya memang nak bawa diri nak lari sekejap. Bukan tak ada arah tujuan. Saya akan ambil masa yang lama akan duduk sini.
“Saya rasa harus pandang ke depan dan nak hidup saya lebih banyak perkembangan,” ujarnya berangkat ke Indonesia pada Jumaat lalu.
Kuasa Doa, Vida Syukur Lega Cik B Bebas C0vid, tapi ada benda lain buat dia rasa tr4uma
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida berkongsi perkembangan status kesihatan anak perempuannya, Cik B yang sudah pun pulih selepas disahkan positif C0vid-19 sebelum ini.
Menurut Vida, berkat doa serta izin Allah SWT, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin disahkan pulih selepas doktor melakukan ujian saringan.
“Alhamdulillah berkat doa semua yang tidak putus-putus. Begitu juga dengan semua tips dan petua yang telah dikongsikan selama sembilan hari akhirnya Cik B bebas daripada C0vid-19.
“Dia jalani kuarantin di rumah dan Cik B dijangkiti C0ovid-19 peringkat kedua. Alhamdulillah ‘recovery’ sangat pantas. Saya bersyukurlah, besar sebenarnya fadilat doa.
“Ujian ini suatu perkara baru bagi kami. Cik B kuat tetapi dia diuji dengan C0vid-19. Tak tahu dapat daripada mana. Sementara saya pula alhamdulillah… selalu tidur peluk dan dakap Cik B. Risau andai saya turut terjangkiti,” katanya kepada MH.
Vida pada masa sama akui bimbang sejurus tahun mengenai perkara tersebut seterusnya mengambil pendekatan untuk berjaga-jaga.
“Saya sangat trauma bila dapat tahu mengenai perkara itu. Saya terus mandi, rasa seperti tak boleh nak berdiri, takut. Sebab kita sudah dengar banyak cerita yang begitu dan begini. Jadi jujurnya memang sukar nak hadapi pada hari pertama dan kedua.
“Sehingga saya hanya kongsikan perkara itu pada hari ketiga. Saya rasa tak berani. Bila lihat keadaan kian okay dan stabil baru saya kongsikan.
“C0vid-19 is real. Kita jangan pandang remeh. Meski kita sudah pun mendapatkan vaksin penuh, namun masih boleh terdedah kepada wabak. Kalau boleh, minta dijauhkan. Kena berhati-hati. Kalau balik dari mana-mana kena mandi,” katanya yang sudah mendapat dua dos vaksinasi.
Terdahulu, Cik B didapati positif C0VID-19 seterusnya menjalani kuarantin kendiri dalam bilik di rumahnya pada 19 November lalu.
SUMBER: Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : http://transformasi.host/