Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berada di kedudukan dua terbawah dalam konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, malam tadi.
Bagaimanapun, penyanyi yang membawakan lagu ‘Laguku Untukmu’ dendangan asal Hasnol itu mengundang rasa kasihan penonton apabila dipanggil terlalu awal untuk naik ke atas pentas bagi pusingan penyingkiran.
Difahamkan, pihak produksi telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) dimana hanya empat individu sahaja dibenarkan untuk berada di atas pentas dalam satu-satu masa.Meninjau pendapat netizen di laman Twitter, rata-rata meluahkan bahawa penyanyi lagu Asmara Ini itu terpaksa berdiri lama bagi menunggu nasib sekiranya memperoleh lagu bagi bertanding ke minggu seterusnya.
Netizen berkata, justeru bapa kepada empat cahaya mata itu terpaksa ‘berlawan’ emosi sekali gus menahan m4lu sebelum nama beliau akhirnya dipanggil kerana terselamat daripada markah tercorot.
Kesian, lama2 atas pentas!
Jaga la air muka artis tu…
Berdiri dari awal sampai habis
Tiada Ters!ngkir Konsert Kedua GV8, Ini Respon Ramli MS – “Mungkin Minggu Depan Peny!ngkiran Secara ‘Berjemaah’, Saya Tidak Tahu.”
Maestro muzik selaku juri tetap program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Datuk Ramli MS tidak menolak kemungkinan akan ada seorang atau lebih bintang GV8 yang bakal tersingkir, minggu depan.
Menurut Ramli, ini kerana sepanjang dua minggu konsert, masih tiada sebarang penyingkiran yang berlaku.
“Perkara itu (tiada penyingkiran) perlu ditanya kepada pihak produksi, keputusan di tangan mereka. Jika tiada penyingkiran, maknanya tiadalah.
“Mungkin minggu depan penyingkiran secara ‘berjemaah’, empat sekali saya tidak tahu,” katanya.
Ditanya mengenai prestasi kesemua bintang minggu ini, Ramli menyifatkan persembahan mereka lebih baik berbanding minggu pengenalan.
“Much better. Kami para juri memang mahukan lebih lagi dan nampaknya mereka semakin selesa. Bukan selesa itu mereka sudah ‘relak’, tetapi selesa dalam segi keadaan persembahan di pentas GV,” katanya.
Selain Ramli, kesemua bintang GV8 diadili dua juri profesional lain iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Minggu ini, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar diundang sebagai juri jemputan dan diacarakan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Juara GV musim ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi.
Program tersebut membariskan 13 penyanyi yang menyaksikan persaingan tiga penjuru yang disertai artis-artis dari negara ini termasuk Indonesia dan Singapura.
Minggu ini menyaksikan Aliff Aziz sekali lagi memperolehi markah tertinggi dengan 81 peratus sementara Nico berada di kedudukan paling corot di kalangan semua bintang bertanding iaitu 52.90 peratus.
Foto: Azrul Rafie
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : http://trendingsangat.pw/