Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz berjaya mengekalkan persembahan konsisten dengan meraih markah tertinggi dalam konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.
Selebriti berasal dari Singapura itu tampil menyerlah dengan lagu dendangan kumpulan popular Indonesia, Padi berjudul Kasih Tak Sampai yang disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria.
Selain mendapat tepukan gemuruh penonton di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), penyanyi berusia 30 tahun itu juga menerima pujian maestro ternama Datuk Ramli MS yang disifatkan sebagai dinamik.
“This is different class. Saya jarang dengar orang menyanyi macam ni. Dia sangat dinamik ya,” kata Ramli MS yang bertindak sebagai Ketua Juri.
Meninjau komen penonton di media sosial, rata-rata memuji kehebatan vokal dan persembahan abang kepada penyanyi Aisyah Aziz itu dalam menyampaikan lagu sehingga menusuk kalbu.
Tengok GV pun sebab ada dia!
Terbaik malam tadi.. tak boleh ‘move on’
Sedap betul suara! Terngiang2
Ingatkan ‘trending’ sebab kontroversi lagi, rupanya…
Menurut warganet, Aliff mempunyai potensi untuk merangkul gelaran juara bagi GV musim ini apatah lagi telah ‘membolot’ markah tertinggi untuk dua minggu berturut-turut.
Boleh jadi juara ni
Suara sedap! Bersinar bak berlian
Malah, jika sebelum ini suami kepada penyanyi Bella Astillah itu seolah-olah kehilangan peminat disebabkan kontroversi melanda, kini Aliff membuktikan kemunculan semula dirinya di dalam industri membuatkan ramai ‘jatuh cinta’.
Janna Nick pernah kena ‘cancel’, tapi menang ABPBH
Tak jadi la ‘cancel’ Aliff?
Aliff atau nama penuhnya Mohamad Aliff Aziz bakal membawakan lagu Kasihnya Laila nyanyian kumpulan Jinbara pada minggu depan bersama 12 bintang yang lain.
Sumber: Instagram Astro Gempak , Twitter