Sesak Dipenuhi Pengunjung, Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Sudah Ditutup

Sejak belakangan ini, viral satu lokasi atau ‘spot’ menarik untuk melihat dan mengambil foto kapal terbang secara lebih dekat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.


Selepas diketahui warganet di media sosial, lokasi tersebut dibanjiri pengunjung terutama pada hujung minggu sekali gus dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga atau rakan terdekat.

@abgrockchannelTengok Kapal Terbang Landing Guys #klialandingsightarea #bawakfamilyjalan2

♬ Knight Rider (Main Theme) – TV Sounds Unlimited

Terbaharu, seorang pengguna laman Facebook Are Peace mendakwa lokasi berkenaan bagaimanapun dipercayai sudah ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airport berhubung kesesakan luar biasa.

Menurut Are Peace, terdapat beberapa lokasi menjadi tumpuan ramai namun hanya ‘spot’ yang dikongsi berdasarkan posting foto di atas ditutup kerana berdepan masalah keselamatan selain dicemari sampah sarap.

“Berkenaan post sebelum ni, tempat viral tengok kapal terbang dekat KLIA tu. Ramai yang PM cakap sampaikan maklumat palsu. Okey nak bagi tahu, tempat yang tutup tu adalah tempat viral seperti dalam video tu sahaja.
“Kalau siapa-siapa yang pernah pegi akan tahu sebab dekat situ ada dua tiga tempat yang jadi tumpuan orang ramai, jadi tempat di dalam video tu sahaja yang ditutup.
“Bukan jalan utama nak ke lokasi tu yang tutup…. laluan ke lokasi tu masih boleh digunakan…. atas faktor sampah dan keselamatan tu sebab kawasan dalam video tu ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airport,” jelasnya.
@am8708Viral punya pasal, nk tgk kapal terbang mendarat di klia…ramai gile#fyp

♬ Baru Betul – Akar

Sebelum ini, pemuda tersebut memuat naik satu video di sekitar lokasi viral itu sehingga menerima sebanyak 2,400 perkongsian dalam kalangan warganet.

Berikutan penutupan itu, terdapat penduduk di sekitarnya memberikan komen yang mengakui bahawa hujung minggu mereka tidak seindah disangka apabila terpaksa meredah kesesakan lalu lintas disebabkan ramai pengunjung.

Malah, ada juga individu mengecam sikap dan mentaliti segelintir masyarakat yang tidak dapat dipisahkan dengan perangai membuang sampah merata-rata sehingga ‘mencacatkan’ pemandangan sekeliling.

@titirarahMemang teruja gila tengok kapal terbang betul2 atas kepala😂 #fyp #klialandingsightarea #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – 𝒕.𝒂𝒊𝒎𝒔𝒉𝒂𝒉✨ – 𝖙𝖆𝖐 𝖇𝖆𝖎𝖐 𝖙𝖎𝖕𝖚 •ᴗ•

Sumber: Facebook Are Peace , TikTok