Setiap pasangan yang sudah berumah tangga mempunyai cara tersendiri untuk menghargai antara satu sama yang lain. Ada yang mengungkapkan terus menerusi ucapan dan ada yang menyatakan dari segi perlakuan.
Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @kiedaamy97_ apabila memuat naik satu momen dimana suaminya melakukan kejutan untuknya bersempena hari lahir yang ke-24.
Tiba2 ajak ke kedai emas
Menurut wanita tersebut, dia pada awalnya berasa pelik kerana tiba-tiba sahaja suami tersayang membawanya ke kedai emas dan meminta untuk mencuba beberapa gelang bersaiz besar.
@kiedaamy97_Perempuan akan dihargai bila berada dalam dakapan lelaki yang betul . Terima kasih suamiku❤️😭 #fy #fypage #birthdaygirl #masukberanda ♬ original sound – 𝙺𝚒𝚎𝚍𝙰𝚖𝚢🤍 – 𝙺𝚒𝚎𝚍𝙰𝚖𝚢🤍
Setahun simpan hasrat nak beri kejutan
Tak lama selepas itu mereka kembali semula ke dalam kereta dan suaminya meminta untuk tunggu sebenar. Ketika itulah dia mendapat kejutan yang tak disangka apabila suaminya menghulurkan gelang tersebut sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan sepanjang bergelar isteri.
Pengguna TikTok itu juga baru menyedari suaminya gigih berkerja walaupun dalam keadaan penat sejak kebelakangan ini demi memastikan target untuk menghadiahkan isteri tersayang tercapai.
Satu dalam sejuta
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen mengakui berasa terharu melihat momen berkenaan.
Mereka juga menyatakan betapa bertuahnya seseorang itu apabila tetap didampingi oleh pasangan walau dalam keadaan susah mahupun senang.
Menangis tengok suami hargai isteri
Setiap pasangan ada rezeki tersendiri
Tumpang bahagia sis
Sumber: TikTok @kiedaamy97_