L4ngg4r SOP: Neelofa, Suami Dibebas Tanpa Dilepaskan, Tapi Ada Perkara Lain Yg Terjawab Bila Peguam Buka Mulut

SEREMBAN: Kenyataan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang tidak mahu k3s mahk4mah ke atas Noor Neelofa Mohd. Noor berlarutan disebabkan keadaan anak guamnya itu yang sedang hamil mengesahkan teka-teki berhubung status kehamilan selebriti itu.


“Tetapi (jika k3s diteruskan) ia akan berlarutan jadi panjang, dengan keadaan Noor Neelofa yang hamil tidak sesuai kita jalankan k3s ini, kita ambil cara mudah,” katanya ketika ditemui selepas prosiding k3s di sini hari ini.

Sebelum ini, Noor Neelofa tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung status kehamilannya.

Terdahulu, Noor Neelofa yang memakai jubah berwarna biru dilihat berhati-hati ketika berjalan dan ‘baby bump‘ jelas kelihatan ketika hadir bagi prosiding sebutan semula k3s di Kompleks Mahkamah Seremban di sini hari ini.

NOOR Neelofa Mohd. Noor dan Muhammad Haris ketika menghadiri prosiding sebutan semula k3s pel4ngg4ran SOP Perintah PKPB di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini. – UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP

Selebriti yang juga usahawan itu kelihatan sedang sarat mengandung dan dipimpin tangan oleh suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail ketika berjalan.

Dalam prosiding hari ini, Mahk4mah Majistret Seremban melepas tanpa membebaskan Noor Neelofa dan suaminya daripada tudvhan mel4ngg4r prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

Sebelum ini, media melaporkan biarpun kisah kehamilannya hangat diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini, namun Noor Neelofa masih mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’ mengenai perkara itu.

Neelofa dalam satu temu bual sebelum ini menyifatkan perkongsian berita kelahiran cahaya mata adalah lebih baik dihebahkan berbanding cerita kehamilan.

Sejak Julai lalu, khabar angin mengenai kehamilan Neelofa hangat diperkatakan selepas dia dilihat menunjukkan tanda-tanda ibu mengandung apabila asyik mengusap bahagian perutnya.

Neelofa dan Muhammad Haris melangsungkan pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

PU Riz Belanja ‘Punch Line’ Bersemut Dekat MLM, Peminat Cakap Bertuah Neelofa – ‘Kenapa Nak Suka Kalau Boleh Mencintai?’

Sejak akhir-akhir ini, pend4kwah bebas juga selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail dilihat kembali aktif di industri hiburan. Haris atau dikenali dengan PU Riz membuat kemunculan di sebuah program iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 pada malam Jumaat.

Bagi ‘punch line’ manis

Haris menjadi cameo bersama kumpulan Taubat yang dianggotai oleh Ajak, Ropie dan Bell Ngasri. Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun TikTok @cikmanessss, Haris ‘menghidangkan’ punch line yang tak disangka ramai ketika siaran langsung.

Dalam sketsa itu, Ajak menyebut nama usahawan dan selebriti Neelofa yang merupakan isteri kepada Haris.

Ajak: Dekat sini yang banyak menderma adalah Hajah Neelofa.

Haris: Tolong jangan sebut nama dia! Saya tak suka.

Ajak: Kenapa tak suka?

Haris: Kenapa nak suka kalau boleh mencintai?

Walaupun jelas menahan diri daripada malu, rata-rata penonton kelihatan terhibur dengan Haris.

Seronok tengok bini orang

Pelakon berumur 26 tahun ini juga sempat menyakat Ropie yang seronok ketawa sehinggakan terangkat kaki.

Dalam pada itu, pemenang Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa spontan memberi peringatan ‘halus’ kepada kaum Adam.

Hey tu bini aku, bukan bini mung. Allah.. Ni la orang lelaki seronok tengok bini orang, balik tengok bini sendiri la.

Sumber: TikTok @cikmanessss

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw