Bergurau kasar dengan ahli keluarga rasanya biasa sahaja dilakukan oleh kebanyakan orang. Kadangkala ia dilihat agak keterlaluan dari kaca mata orang lain sedangkan perkara tersebut kerap dilakukan dalam ahli keluarga terdekat.
Namun, jika sudah ditayang di media sosial, setiap yang dimuat naik pasti akan diadili oleh sesiapapun baik dari sudut positif mahupun negatif.
Buat ramai geram
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhamad Shamim apabila memuat naik kembali satu video tindakan kurang manis seorang gadis terhadap ibunya di laman Facebook Malaysia Automotif Shitposting.
Kain tu lagi bersih dari visor helmet
Apa yang membuatkan ramai ‘panas’ adalah tindakan gadis itu yang mengesat visor helmet di kain batik yang dipakai ibunya sebelum menunggang motosikal.
Dalam kapsyen yang disertakan, gadis berkenaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibunya kerana sudi menjaganya sepanjang berada dalam keadaan koma.
Demi konten sanggup buat mak jadi bahan
Tindakan tersebut telah mengundang pelbagai komen daripada netizen apabila rata-rata meluahkan rasa berang dengan perilaku yang tidak sopan itu.
Mereka juga kesal dengan sikap gadis tersebut yang dilihat biadap kerana menggunakan kain yang dipakai ibunya untuk mengelap visor helmet motosikal sedangkan boleh saja dia menggunakan kain lain untuk membersihkan cermin tersebut.
Cubalah tunjuk konten positif sikit
Takde adab ke? Tu kan mak
Bila akal dah tak fikir panjang
Sumber: FB Muhamad Shamim via Malaysia Automotif Shitposting