Suami Bidas Segala Tohmahan Jahat, Nora Minta Pemfitnah Tampil Bersemuka

Baru sahaja mengumumkan bahawa sudah kembali berumah tangga, penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin telah difitnah dengan tuduhan cukup berat oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.


Menerusi Mstar, Datuk Nora dikatakan memaksa suaminya menceraikan isteri pertama kira-kira dua tahun lalu sebelum bernikah dengannya.

Anggap semua ni fitnah & tohmahan jahat

Menyifatkan tohmahan tersebut berniat jahat, suami kepada penyanyi terkenal itu, Dr Rushdi Ramli, 55 tampil menjawab segala fitnah yang berlegar hingga menjejaskan nama baik dirinya dan isteri.

“Bismillahirahmanirahim…saya bernama Rushdi Bin Ramli secara jujur dan ikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang diviralkan saat ini bertujuan mencemarkan nama baik perkahwinan saya dan Datuk Nora Ariffin.”
“Ia adalah suatu fitnah, tohmahan berniat jahat dan buruk.”
“Allahuakbar semoga Allah S.W.T memberikan balasan yang setimpal terhadap orang yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami,” kata beliau menerusi rakaman suara yang dihantar kepada sumber.

Niat tak baik kepada perkahwinan Datuk Nora & Dr Rushdi

Sebelum ini, ada satu kenyataan yang dibuat oleh individu tidak dikenali telah menyatakan bahawa Nora memaksa suaminya untuk menceraikan isteri pertama kira-kira dua tahun lalu.

Mesej tersebut tular dan mendapat perhatian ramai sehingga membuatkan penyanyi lagu Di persimpangan itu terkejut dan menafikan hal tersebut sekeras-kerasnya.

 

Hormat kehidupan peribadi orang lain

Beliau juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini dan meminta orang ramai menghormati kehidupan peribadinya walaupun beliau merupakan seorang selebriti.

Minta tampil bersemuka

Dalam pada itu, Datuk Nora juga menyeru kepada individu yang menyebarkan fitnah tersebut untuk tampil bertemu muka bagi mengetahui niat sebenar yang ingin dilakukan apabila membuat fitnah yang tidak berasas seperti itu.

“Saya menyeru kepada individu yg sengaja ingin memburukkan kami, please tampil bertemu muka.”
“Mungkin individu ini ada masalah, kita sama2 bantu.”
“Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan FITNAH, TUDUHAN yg tidak tepat & berasas ini???” tulisnya

Untuk makluman, Datuk Nora telah kembali mendirikan rumah tangga dengan Dr Rushdi Ramli iaitu Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya.

Walaupun tidak menyatakan dengan tepat tarikh pernikahan mereka, namun penyanyi itu telah berkongsi khabar gembira kembali bergelar isteri pada pertengahan minggu lalu di Instagram miliknya.

 

Sumber: Mstar (Qarami Hashim) Instagram itsnoraariffin