Datang Tasik Ketika Maghrib, Wanita Terkejut Lihat Wajah Sendiri Renung Kamera

Kita semua sedar yang diatas muka bumi ini bukan hanya manusia sahaja yang tinggal. Jadi, kita disarankan untuk menjaga tingkah laku dan menghormati makhluk lain yang sama-sama menetap di bumi.

Walau bagaimanapun, selagi kita tidak menggangu ‘mereka’, ia sama sekali tidak akan mengganggu kita. Namun, kadangkala secara tidak sengaja ‘mereka’ cuba untuk menunjukan bahawa ‘mereka’ ada di sekeliling kita.

Datang dah nak maghrib

Hal ini samalah yang dihadapi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Larraaida6977 apabila memuat naik satu video yang agak menyeramkan ketika mengunjungi Telaga Tujuh Langkawi.

@larraaida6977MENYERAMKAN..x akan p dah tempat ni…mungkin p dah dekat nak MAHGRIB🙁#fyp#fyppp #LANGKAWI #ceolangkawi#tiktoktrending#tiktokviral

♬ Ulek Mayang – Ella

Menurut wanita itu, pada awalnya dia hanya ingin mengambil panorama tempat tersebut diwaktu hampir mangrib. Orang yang mengambil video dirinya juga sama sekali tidak menfokuskan kepada @larraaida6977 dan lebih menumpukan ke arah air terjun.

Datang pakai spek, tiba2 dalam video spek tiada

Namun, apa yang mistiknya, tiba-tiba sahaja di akhir video yang dirakam menunjukan wajah pengguna TikTok itu sedang merenung tajam video dengan wajah marah sedangkan dia sama sekali tidak memandang ke arah perakam video tersebut.

Tak hanya itu, dia yang datang memakai cermin mata hitam ketika diawal video turut tidak menggunakan cermin mata tersebut di akhir video sedangkan aksesori tersebut tidak pernah ditanggalkannya ketika di tempat itu.

Jantung laju tengok part last

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga ditonton lebih daripada 3 juta viewers tidak sampai sehari ia dimuat naik.

Rata-rata mengakui seram melihat video tersebut lebih-lebih lagi apabila lalu di media sosial mereka ketika tengah malam. Walau bagaimanapun ada juga yang merasakan apa yang dikongsi oleh pengguna TikTok itu sebagai konten semata-mata untuk meraih tanda suka di posting tersebut.

Artikel Berkaitan   Ringkas Tapi Lazat, Resepi Mi Kuah Kelantan Style

Berdebar tengok, macam betul

Pakai lagu Ulek Mayang bertambah seram

Menyesal tengok tengah malam

Trick kamera je kot

 

Sumber: TikTok @laraaida6977