motosikalnya dilanggar sebuah kereta yang hendak memotong kenderaan lain di Jalan Permatang Piah –Kampung Kolam, Pak Badol pada pagi tadi.
Tular di media sosial
Video kemalangan juga tular di media sosial selepas dimuat naik oleh beberapa akaun Facebook. Apa yang mengejutkan ramai adalah pemuda yang dikenali sebagai Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria melambung hingga ke bumbung bengkel berhampiran selepas dilanggar oleh suspek yang menaiki kereta jenis Honda Civic.
Cuba memotong sebelum langgar mangsa
Menerusi laporan dari Kosmo! Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh telah memaklumkan yang suspek dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Tasek Pauh, Selising dekat Pasir Puteh.
Namun, tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Kancil.
“Mangsa yang tiada lesen memandu sedang menunggang motosikal jenis Yamaha LC berada di laluan bertentangan bagaimanapun terus dirempuh kereta tersebut.”
“Insiden itu menyebabkan mangsa melambung dan jatuh di atas bumbung sebuah bengkel yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya.
Suspek positif dadah
Mangsa yang mengalami kecederaan parah setelah mengalami patah tangan dan paha kiri telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Walau bagaimanapun, ketika pihak berkuasa tiba dan melakukan pemeriksaan fizikal kepada suspek, berlaku sedikit pergelutan.
Pihak polis telah menemui dadah dipercayai jenis heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM3,020.
“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai tujuh rekod lampau berkait kes dadah,” katanya.
Shuhaimi juga memaklumkan yang kes akan disiasat mengikut Seksyen 44 (1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.
Sumber: Facebook info.semasa, Kosmo! (Rohana Mohd. Nawi)