Sejak 1 Disember lepas, penceramah bebas terkemuka iaitu Ustaz Ebit Lew telah menghabiskan masanya di Brazil untuk menziarahi kawasan-kawasan di sana dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Hingga ke hari ini, beliau sering berkongsikan segala pengalamannya di negara tersebut melalui akaun Instagram miliknya, @ebitlew.
Melawat kawasan ‘pan4s’ di Sao Paolo
Walau bagaimanapun, perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram itu hari ini menarik perhatian ramai. Dalam post tersebut, Ustaz Ebit telah menziarah salah seorang ketua kawasan di Sao Paolo.
Kawasan itu disebut sebagai salah sebuah kawasan yang merb4h4ya untuk dilawat. Namun, itu bukanlah penghalang bagi penceramah bebas itu untuk menghulurkan bantuan di sana. Kehadiran Ustaz Ebit disambut baik oleh masyarakat di sana.
Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal”
Malah, Ustaz Ebit dilihat sempat memberikan sehelai baju-T kepada ‘ketua kawasan’ itu yang mempunyai tatu yang penuh di badannya.
Baik sangat ketuanya, walau orang kata macam maf1a. Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami.”
Dikatakan ramai yang tertarik dengan penampilan beliau, malah ada yang minta untuk ambil gambar bersama.
S4mseng pun ada hati…
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen, di mana rata-rata terharu melihat usaha penceramah bebas itu menyalurkan bantuan di kawasan ‘bah4ya’ tersebut. Bukan semua orang berani nak ‘approach’ orang dari kawasan macam tu!
Terdahulu, Ustaz Ebit telah menziarah golongan gelandangan di sekitar bandar Sao Paolo untuk menghulurkan bantuan berbentuk makanan kepada mereka.
Besar pahala Ustaz Ebit sampai level international dia salurkan bantuan. Semoga terus dimurahkan rezeki!
Sumber: Lobakmerah
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:Trending Giler