Aktor popular, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya yang juga aktres Datin Almy Nadia selamat bersalin cahaya mata keempat pada jam 3.49 pagi Rabu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsi Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin menerusi muat naik sekeping foto di laman Instagram memaparkan dia bersama isteri dan bayi yang belum didedahkan jantinanya itu.
Menerusi kapsyen, pelakon berusia 42 tahun itu meluahkan rasa syukur atas kurniaan zuriat tersebut selain mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan kesejahteraan isteri serta anaknya.
“Alhamdulilahhhh… isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Amin, 4-0 keputusan sekarang hehe,” tulisnya.
Sebelum itu, Fizz turut berkongsi satu video yang kelihatan isterinya menahan kesakltan di sisi jururawat sekali gus memohon doa agar proses bersalin dipermudahkan.
“Ya Allah kau permudahkan kelahiran anakku Ya Allah. Kau permudahkanlah Ya Allah.. besarnya pergorbanan seorang ibu.. Ya Allah permudahkanlah Ya Alllah,” katanya.
Tahun lalu, Almy atau nama penuhnya Almy Nadia Aminuddin Shah mengalami kegugvran sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat sebelum dikurniakan bayi keempat berkenaan.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2014 dan memiliki tiga cahaya mata lain iaitu Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Afrina Ayra, 3 tahun.
Sumber: Instagram Fizz Fairuz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report
Sumber:OMM