Pemuda yang merakam aksi rakannya berlakon sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur bagi mendapatkan ‘parking’ tampil menjelaskan berhubung video tular di media sosial.
Menerusi aplikasi TikTok, pemuda tersebut Iswan Ishak berkata, dia tidak berniat untuk mempersenda golongan OKU sebaliknya melakonkan semula situasi tersebut yang terjadi di realiti.
Iswan berkata, situasi dilakonkan rakannya Ajim yang mengalami sumbing itu adalah untuk menyampaikan teguran kerana golongan berkenaan sering dipinggarkan oleh masyarakat sekeliling.
Video tersalah erti
@iswanishakKepada rakyat malaysia dan golongan oku saya memohon maaf🙏🏻..matlamat video itu tersalah erti..silap nya dari saya .terima kasih kerana menegur saya ♬ original sound – iswan ISHAK – iswan ISHAK
“Video tu adalah content, Ajim melakonkan balik apa yang kita nampak dalam realiti. Memang ada orang normal cuba menjadi OKU untuk mendapat parking.
“Sebenarnya kami tidak letak kenderaan di petak khas, tapi parking biasa saja,” kata pemuda berusia 29 tahun itu.
Malah, dia mengakui terlepas pandang kerana tidak menyampaikan mesej tersirat selain memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati termasuk Ahli Dewan Negara (Wakil OKU), Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
“Saya yang bersalah kerana tidak menyatakan perkara ini tidak boleh dilakukan. Saya mohon maaf atas keterlanjuran ini terhadap golongan OKU, mungkin ada yang terasa tetapi bukan niat saya.
“Situasi itu selalu berlaku, tapi golongan OKU sukar untuk bersuara. Ia dilakonkan balik tapi silapnya saya tidak jelaskan mesej sebenar,” ujarnya.
Terdahulu, video tular berkenaan memaparkan rakannya berlakon seperti orang cacat selepas kononnya sukar bagi mendapatkan tempat letak kereta akibat ramai pengunjung.
Sumber: TikTok @iswanishak