Tayang Gaya Luar Waktu Sekolah, Gadis Cantik Ligat Tebar Roti Canai Raih Pujian

Pelbagai trend di aplikasi TikTok menjadi ikutan para pengguna terutamanya golongan remaja. Ada yang menjurus ke arah negatif tapi tak kurang juga yang memberi hiburan dan lebih bersifat positif.

Walaupun sebelum ini ada trend remaja menunjukan penampilan mereka ketika di dalam dan diluar sekolah telah  mengundang kecaman ramai, namun, perkongsian seorang gadis untuk trend tersebut telah menjadi perbualan ramai.

Sopan tebar roti canai

Mana tidaknya, dia sama sekali membuatkan pengguna TikTok tersenyum kerana tetap berpenampilan sopan diluar waktu sekolah dengan membantu gerai keluarga dengan menjadi penebar roti canai.

Perkongsian yang dibuat oleh @qistinaantasya itu telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan kurang dari sehari selepas dimuat naik.

@qistinaantasyaDalam sekolah vs luar sekolah okay ke sekmung ? 🥺 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #qistinaantasya

♬ original sound – 𝓈𝒶𝒹𝒷𝑜𝓎🧸 – 𝓈𝒶𝒹𝒷𝑜𝓎🧸

Paling terbaik setakat ini

Ramai yang memuji kemahirannya menebar roti canai dan mengatakan bahawa trend penampilan ‘dalam dan luar sekolah’ yang dilakukan oleh gadis ini adalah yang paling terbaik serta boleh diterima oleh orang ramai.

Komen-komen yang diperoleh di ruangan TikTok juga menjurus ke arah positif kerana merasakan konten tersebut menunjukkan sisi lain yang lebih baik daripada seorang pelajar berbanding sibuk menayang penampilan seperti orang dewasa walaupun baru berusia belasan tahun.

Tak try hard nak jadi dewasa

Dahla cantik pandai tebar roti canai pulak

Ni baru betul! Bakat yang jarang orang ada

Suka bukan sebab rupa tapi sebab apa yang dia buat

 

Sumber: TikTok @qistinaantasya

Artikel Berkaitan   5 Fakta Penting Sebelum Kahwin Dengan Orang Utara!