Tular Video Pelajar Jadi ‘Pameran’, Ditumbuk & Disepak Rakan Tanpa Kasihan?

Kecoh di media sosial apabila tular beberapa rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai pelajar asrama dikelilingi sekumpulan rakan sebelum ditumbuk di bahagian perut dan disepak di punggung.

Seorang pengguna laman Facebook, Faez Hamzah memuat naik koleksi video tersebut sehingga dikongsi sebanyak 31,000 kali dalam kalangan netizen.

Menerusi rakaman video itu, mangsa yang memakai baju berkolar merah dan seluar kelabu didakwa hanya mampu berdiri dan mendengar arahan serta menunggu waktu untuk ‘dikerjakan’ oleh beberapa suspek.

Klik di sini untuk menonton video penuh

Difahamkan, kejadian tersebut dirakam oleh individu yang berada di sekeliling mangsa berdasarkan koleksi video yang dilihat mempunyai beberapa sudut berbeza.

Selain itu, tular juga dua tangkapan skrin ‘Direct Message’ didakwa daripada salah seorang individu selepas seorang wanita @Ekax_ memuat naik video tersebut di laman Twitter.

Berdasarkan mesej itu, individu terbabit merayu supaya wanita itu memadam video berkenaan bagi menjaga nama baik tempat belajarnya selain mendakwa pihak pengurusan akan mengambil tindakan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan lokasi kejadian terbabit berlaku yang telah mengundang kemarahan netizen sekali gus meminta pihak berkuasa melakukan siasatan dengan segera.

Sumber: Facebook Faez Hamzah , Twitter Ekax_

Artikel Berkaitan   Model Buat 7 Kerja Rupa-Rupanya Ibu Tunggal… Vogue Habis Di Depan Kamera, Di Pejabat Imejnya Macam ‘Makcik Kaunter’