Sabar ‘Q’ Panjang, Demi Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Demi Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM), ramai pengunjung yang cekal berada dalam ‘Q’ panjang agar berjaya melepasi garisan pintu masuk utama Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Itulah semangat yang patut kita teruskan selagi Program 100 Hari AKM berlangsung di KLCC selama empat hari sehingga 12 Disember ini.

Korang yang tak datang lagi tu, tak cemburu ke tengok member lain up status betapa best program ni, bukan kaleng-kaleng ya!

Ni bukan hasutan dunia tipu-tipu ya geng! Kenyataan nikmat ini diperakui sendiri beberapa pengunjung yang datang secara fizikal ke program 100 Hari AKM tau!

Tak percaya, nih, korang bacalah sendiri bukti tinjauan kami!

Bawa isteri sertai program Karnival Kerjaya Malaysia, anak-anak dedah dengan semangat AKM

Bagi pengunjung Program 100 Hari AKM, Mohd Zulkifli Mohd Ghazali, 36, dan isterinya, Nurul Fathiyah khalir, 31, kedatangan pasangan ini ke program diuar-uarkan menerusi Facebook sememangnya berbaloi.

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Selain dapat beri sokongan kepada isteri untuk mencari kerja di  Karnival Kerjaya Malaysia, kedua anak mereka, Nur Izz Zara, 7 dan Muhammad Izzul Ashraf, 3, didedahkan dengan konsep AKM.

Abang dan kakak ni memang sempoi, biarpun bawa anak kecil, dorang da mula beratur seawal jam 9 pagi datang dari area Sri Kembangan! Yang penting, dorng patuh SOP, sentiasa sanitize tangan dan pakai penutup muka.

Settle cari kerja,  pasangan ini tak lepaskan peluang, yelah dah beratur panjang, tak kan abis interview terus nak balik kan?

Jadi, diorang  pun pimpin tangan anak-anak, ambil kesempatan untuk meronda booth yang ada dan serta pelbagai aktiviti disertakan termasuk permainan congkak dan lain-lain biar anak-anak pun happy.

Banyak program bermanfaat untuk semua

Buat adik Siti Mariam Mohd Noh, 22, memang best habis dapat datang ke program 100 Hari AKM sebab lama sangat dah terperuk di rumah lebih lagi selepas negara dilanda COVID-19.

Ni antara mereka-mereka yang terawal jejak kaki dalam barisan untuk masuk ke hall pameran Program 100 Hari AKM.

Paling penting dapat tengok sendiri betul ke best? Sapa tak datang, hemmm lemah!

Siti Mariam yang berasal dari Pantai Timur setuju jika program 100 Hari AKM dapat diadakan lebih meluas di negeri supaya semangat AKM dapat dinikmati bersama dan masyarakat merasai pelbagai tawaran dan perkhidmatan sepanjang 100 hari pentadbiran Perdana Menteri.

Banyak perkhidmatan dan jualan menarik memang tidak rugi bersiap awal datang sini dengan kawan-kawan.

Ada yang kata macam rombongan cik kiah, tapi tak peduli!

Sorang lagi pengunjung terawal, Nurul Aqliyatul Aliah Hamran, 22, banyak maklumat kejayaan, kerjaya, aktiviti dan booth maklumat dapat dikunjungi.

Ada yang kata program ni untuk achik-achik, ternyata tidak!

Padanya, program seperti ini layak diperbanyakkan lagi selain ke setiap negeri untuk beri pendedahakan kepada semua termasuk yang muda tentang AKM selain peluang sertai pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Majoriti pengunjung yang kami ditemui menyambut baik penganjuran program ni bahkan harap dapat diperluaskan ke negeri lain jadi rakyat dari seluruh pelusuk negara bolehlah  sama-sama menikmatinya.

Program ini juga baik untuk rakyat berinteraksi secara langsung dengan kementerian dan agensi sebab banyak booth kerajaan dengan agensi yang dibuka.

Mereka juga boleh mendapat maklumat terkini mengenai kejayaan yang sudah dicapai kerajaan khususnya selepas pasca pandemik COVID-19.

Lebih 100 ruang pameran daripada kementerian, agensi dan syarikat swasta mengambil bahagian sehingga Ahad ini

Selain tu, korang boleh juga sertai Cabutan Bertuah Perdana, aktiviti kerohanian, persembahan pembudayaan, persembahan artis, pameran dan jualan usahawan, program bantuan, padanan perniagaan dan pameran IPT.

Yang datang bawa keluarga ke gamers ke, boleh join Keluarga Malaysia Esports Tournament secara percuma.

Sumber : ohmymedia