Bagi pasangan bercinta, semuanya manis belaka. Belum lagi gurauan dan usikan ‘nakal’ si dia, setiap masa mahu tersengih. Malah kentut pun boleh bertukar wangi, apatah lagi perkara ‘angau’ lain yang pasti bukan menjadi satu masalah!
Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki mengusik teman wanitanya apabila dengan sengaja memberikan ‘bau’ ketiak kepada gadis tersebut selepas bermain futsal di sebuah gelanggang.
Video dimuat naik oleh gadis berkenaan @faquincess menerima lebih 200,000 tontonan ketika hadir memberi sokongan kepada teman lelaki dikenali sebagai Hakeem yang dipercayai sememangnya aktif bersukan.
@faquincesslepastu saya pengsan :3
“Apabila dia memberikan awak bau ketiaknya lepas futsal,” tulis gadis tersebut di dalam video pendek berdurasi lapan saat itu.
Menerusi video dikongsi, mereka merakam momen bersama dimana lelaki itu dilihat bertanya sesuatu sebelum mengangkat sebelah tangannya untuk ‘dibau’ oleh teman wanita.
Meninjau ke ruangan komen, ramai juga warganet terutama dalam kalangan anak muda ‘menggelupar’ selepas melihat aksi yang disifatkan ‘comel’ itu sehingga meluahkan rasa sedih seolah-olah kesunyian.
Comel la korang
Malu nak mintak
“Kalau dah sayang”
Mesti wangi kan?
Comel memang comel, tapi perlu berbalik kepada benda ‘basic’. Ingat dosa ya semua! Sekadar nasihat~
Sumber: TikTok @faquincess