Dapat Telefon Baru, Ramai Tersenyum Lihat Reaksi Adik Peluk Kakak Ucap Terima Kasih

Kehidupan adik beradik sememangnya penuh dengan warna lebih-lebih lagi sudah akrab sejak kecil.


Walaupun kadangkala perangai mereka menyakitkan hati, namun mereka jugalah penawarnya dan antara insan yang paling memahami.

Gantikan balik telefon yang rosak

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nur Hazirah apabila memuat naik satu video ketika memberikan telefon baru kepada adiknya selepas dia secara tidak sengaja merosakkan telefon remaja tersebut.

Pada awalnya Nur Hazirah memaklumkan yang adiknya merajuk dan tidak mahu bercakap dengannya kerana marah selepas telefon pintar miliknya rosak.

@_hzyrhme bila bagi rosak fon adik smpai merajuk , takleh tidur sebab kesian esok tu belikan fon baru kat dia 😂 #fyp #fypシ

♬ original sound – Nur Hazirah – Nur Hazira

Peluk & cakap terima kasih dulu

Disebabkan rasa bersalah, dia telah membelikan telefon baru dan reaksi adiknya ketika mendapat hadiah tersebut begitu mengharukan.

Dia terus mengucapkan terima kasih dan memeluk kakaknya terlebih dahulu sebelum membuka kotak telefon baru.

Bagus, peluk kakak dulu baru buka kotak

Tindakannya itu telah mendapat pujian daripada warganet kerana rata-rata beranggapan bahawa adik kepada Nur Hazirah begitu menghargai pemberian kerana sangat berterima kasih sehingga menangis dalam pelukan kakak tersayang.

 

Kakak dia ketawa2, kejap lagi nangis sebak la tu

Sweet betul adik dengan kakak

Marah2 kakak sebab sayang

Nanti suatu saat adik dia balas budi kakak

 

Sumber: TikTok @_hzyrh