“Saya Bangga Dengan Awak” -Luahan Isteri Anggota Bomba Maut Ketika Bertugas

Salah seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat yang dilaporkan cedera selepas terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat telah disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Maut disebabkan kecederaan parah

Mohd Firdaus Sulaiman, 32, dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah kesan daripada letupan tersebut. Dia dan seorang lagi rakan sekerja sebelum ini telah dikejar Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Menerusi Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Mazuki Ismail berkata, Mohd Firdaus Sulaiman disahkan meninggal dunia di Hospital Segamat pada jam 4.15 pagi.

“Jenazahnya akan dikebumikan di Jalan Zaitun, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

Pemergian anggota bomba tersebut telah meninggalkan seorang isteri, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, dan anak perempuan Aisy Alisha Mohd Firdaus, 3.

“Terima kasih jadikan saya bidadari awak”

Sehubungan dengan itu, menerusi luahan terbaru sang isteri di media sosial, dia memaklumkan yang jenazah allahyarham suaminya sudah selamat dikebumikan.

Menurut Jannah, dia begitu seronok menghantar jenazah suaminya di tanah perkuburan kerana tahu yang allahyarham pergi dalam keadaan syahid.

Bangga dengan suami

Dia akui sangat bangga menjadi isteri kepada seorang anggota bomba dan seorang suami yang terlalu mencintainya. Walaupun sedar yang suaminya sudah meninggal dunia, namun kasih sayang lelaki itu sangat besar dan tiada galang gantinya.

Dia yang redha dengan pemergian suami tersayang menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat sosok lelaki itu yang mengajarnya untuk menjadi seorang wanita yang kuat.

Adakan bacaan yassin semasa suami di ICU

Terdahulu, Jannah ada memuat naik beberapa gambar bacaan yassin yang diadakan bagi mendoakan kesejahteraan suami selepas mengetahui allahyarham mengalami kemalangan ketika sedang bertugas memadamkan kebakaran.

Artikel Berkaitan   MB tampil beri penjelasan punca sebenar b4njir terbvruk di Selangor

Untuk makluman, kejadian yang berlaku pada Sabtu jam 10 pagi itu telah mengakibatkan seorang anggota bomba dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang cedera parah, manakala seorang lagi anggota bomba melecur akibat terkena letupan sewaktu operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayudi Segamat,

Mangsa adalah Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52; Mohd Firdaus dan anggota ERT kilang Mohamad Azuraini Mahrani, 40.

Kesan letupan menyebabkan Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah, manakala Syed Putra yang berada di tingkat bawah melecur di belakang kepala selepas terkena bahang letupan,.

Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, manakala Syed Putra menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Ismail), Facebook Mem Jannah