Tindakan pelawak dan usahawan popular, Shuib berkongsi satu video memaparkan anak perempuannya yang menangis teresak-esak laman Instagram arwah isterinya Siti Sarah mengundang perhatian ramai.
Menerusi posting tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad mengakui anaknya Dzahira Talita Zahra ‘kuat’ berdrama apabila berselisihan faham dengan adik-beradik lelaki lain.
“Dekta (nama panggilan Talita) dan drama berpisah tiada yaaa. Siapa anak perempuan dia macam ni? Tak boleh usik sikit, nangis dah macam kena pukul.
“Si Matin dah takut tu sebenarnya. Haihhh la anak-anak, waktu kecil ni gaduh2 dulu, besar nanti haaa baru rindu,” kongsinya semalam.
Berdasarkan video berdurasi seminit 27 saat tersebut, kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu mengadu sering dibuli oleh adik-beradiknya Uwais Alqarni dan Ariq Matin sebelum dipujuk oleh nenek tercinta.
“Dekta nak berhenti jadi perempuan. Hari-hari kena buli dengan Uwais dan Matin, semua adik Dekta lelaki. Uwais lelaki semua lelaki. Semua orang dah tak sayang Dekta,” luahnya.
Tersentuh hati melihat situasi itu, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) sempat memberikan komen dengan mengajak adik-beradik terbabit tinggal bersama di rumahnya yang terletak di Ipoh, Perak.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, sekurang-kurangnya mereka boleh berkawan dengan dua orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak.
“Meh Dekta duduk Ipoh dengan Mama Vida, ada geng dengan Cik B. Uwais dan Matin geng dengan Kacak,” tulisnya simpati.
Terdahulu, Vida mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran Uwais kerana tidak dapat memenuhi jemputan sebelum ini sekali gus netizen memuji sifat keibuannya apatah lagi menggelarkan diri sebagai Mama Vida.
Sumber: ohmymedia