Sajat Tak Kisah Aset Dilelong, Malas Fikir Apa Jadi -“Saya Dah Mati Di Malaysia!”

Sejak semalam, nama usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menjadi perbualan ramai susulan asetnya di Kota Damansara akan dilelong bagi membayar pampasan RM200,000 kepada bekas stokisnya.

Dalam lelongan tersebut, orang ramai turut dibenarkan datang jika ingin membeli barangan yang dilelong berupa perabot dan beberapa lagi aset milik usahawan itu.

Syukur masih hidup lagi

Memberi respon berkenaan isu tersebut, usahawan transgender yang kini berada di Australia itu telah memakluman yang dia sama sekali tidak kisah dengan apa yang berlaku kerana sudah tidak tinggal di sana lagi.

Dalam live IG yang dibuat, Sajat memaklumkan yang dia bersyukur kerana apa yang jadi ini berlaku ketika dia sudah tidak berada di Malaysia lagi.

“Saya tak ada disana, saya tak hadir ketika perbicaraan dan saya dianggap kalah. Saya akui hal itu. Sebagai manusia, pokok pangkahnya apa yang kita ada kita akan tinggalkan nanti. Syukur, saya dapat melihat semua ini ketika masih hidup cuma dah tak menetap di Malaysia,” katanya.

Malas nak fikir tentang harta di Malaysia

Menganggap dirinya sudah mati di Malaysia, usahawan itu sama sekali sudah tidak memikirkan harta bendanya di sana dan terpulang kepada pihak di Malaysia mahu melakukan apa dengan segala asetnya.

“Bagi saya, saya dah mati di Malaysia! Saya tak perlu fikirkan apa yang berlaku di sana sama ada tentang rumah dan segalanya. Terpulanglah mereka nak buat apa, saya sudah ada kehidupan di sini (Australia),” ujarnya lagi.

Tak guna pun nak sedih2

Menurut Sajat , dia sama sekali tiada masa untuk bersedih-sedih kerana menyedari bahawa setiap apa yang kita ada pasti akan ditinggalkan kelak.

Artikel Berkaitan   Bapa biarkan anak2 kencing di tempat pam tayar stesen minyak
“Tak payah nak sedih-sedih, benda dah jadi dah. Kami tak teriak pun, ampa pula yang lebih-lebih nak teriak bagai. Bukan duit ampa, tu duit kami yang kena lelong tu,” tambah Sajat.

 

Setakat ini, rumah Sajat telah mejadi tumpuan media susulan berlangsungnya proses lelongan aset seperti barangan rumah bagi membayar pampasan kepada bekas stokisnya.

Proses lelongan awam itu telah bermula pada jam 10.30 pagi (14 Disember 2021)  di premis beralamat No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

 

Sumber: Instagram nursajatkamarzaman

Sumber : ohmymedia