Kecoh di media sosial mengenai seorang pengasas jenama kek popular didakwa menyebut kenyataan yang bercanggah dengan ilmu agama dan akidah Islam sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Menerusi satu posting seorang pemuda Hashim Kawsin di aplikasi TikTok, dia memuat naik sedutan video pengasas tersebut dipercayai ketika ditemu bual secara siaran langsung di laman Facebook.
@hashim_kawsin
“Tuhan juga adalah benda tak nampak, Tuhan juga adalah benda yang halus. Sebab dia bukan fizikal. Sebab tu kenapa kena belajar ilmu ni banyak, kalau tak you tak boleh berhubung dengan Tuhan.
“Tuhan juga adalah makhluk halus, makhluk yang tak boleh dipegang. Tapi you boleh merasai. Dia tak boleh nampak atau pegang, tapi you boleh merasai,” kata pengasas berkenaan.
Berdasarkan posting itu, Hashim sekali gus memberikan teguran dan penjelasan lanjut berhubung kenyataan daripada pengasas terbabit yang didakwa menyamakan Tuhan dengan makhluk halus.
Menurut Hashim, ‘makhluq’ dalam bahasa Arab bermaksud “sesuatu yang dicipta” manakala Allah pula adalah ‘khaliq’ yang bermaksud “pencipta”. Justeru, menyamakan kedua-duanya adalah dilarang sama sekali.
“Minta maaf, saya bukan ustaz atau bukan orang yang pandai dalam bidang ini. Tapi sebagai orang awam yang cuba memperbetulkan ucapan pengasas itu.
“Ucapan itu perlu diperbetulkan sebab boleh menjadi kufur, kerana segala ucapan yang bertentangan dengan agama Islam dan akidah Islam walaupun remeh dan bergurau adalah dilarang,” katanya.
Selain itu, dia turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dalam percakapan terutama membabitkan akidah dan segera bertaubat sekiranya sedar telah melakukan kesilapan.
“Macam kita, manusia yang lemah memerlukan Allah SWT. Jin, makhluk halus dan sebagainya memerlukan Allah SWT. Sebab segala sesuatu di muka bumi ini hanya dengan izin Allah SWT.
“Hati-hatilah dalam ucapan kita. Bila kita sedar kita silap, perbaiki. Taubat terus, jangan sombong dan bongkak hanya kita punya kedudukan dan harta,” tegurnya.
Meninjau ke laman Facebook dan Twitter, rata-rata netizen mengecam kenyataan pengasas tersebut selain meminta dia bertaubat sekiranya mempunyai niat untuk menyamakan Allah SWT dengan makhluk.
Tuhan bukan mahluk!
Bila banyak sangat masuk program motivasi
Jangan sesekali samakan
Kalau dengan niat, dia perlu segera bertubat
Bagaimanapun, difahamkan pengasas berkenaan telah tampil memohon maaf berhubung kenyataan kontroversinya dan mengakui tersalah menggunakan perkataan bagi menggambarkan situasi tertentu.
Terima kasih atas teguran
Sumber: TikTok Hashim Kawsim , Facebook & Twitter