Isteri Beria Buat Kejutan, Suami Masuk Rumah Langsung Tak Pandang

Meskipun menjalani kehidupan rumah tangga dalam serba kekurangan, pasti terdapat individu berusaha untuk menggembirakan hati pasangan terutama pada hari istimewa yang perlu disambut bersama.

Bagaimanapun, tidak semua usaha dibalas dengan kasih sayang sebaliknya terpaksa menelan kepahitan dan terus tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Situasi seperti itu boleh digambarkan mengenai seorang wanita ini apabila melakukan satu kejutan dipercayai untuk suami tersayang, namun reaksi lelaki tersebut tidak seindah seperti disangka.

“Sakit tak berdarah”

@c_ehemsakit tak berdarah

♬ suara asli – Bayu Barera – Bayu Barera

Video pasangan itu dimuat naik di akaun TikTok @c_ehem memaparkan wanita tersebut menyambut kepulangan suami dengan sebiji kek yag lengkap nyalaan lilin tetapi lelaki terbabit tidak memberikan sebarang reaksi.

Sebaliknya, dia dilihat tergesa-gesa beredar dari situ walaupun isteri sudah teruja dan tersenyum lebar yang mungkin menantikan kata-kata penghargaan daripada suami.

Tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut berlaku di negara ini atau sebaliknya, tetapi rakaman berdurasi 39 saat itu meraih 11.5 juta tontonan dan hampir 52,000 komen dalam kalangan netizen Malaysia.

Rata-rata meluahkan rasa sebak dan kasihan apabila melihat pengorbanan wanita berkenaan langsung tidak dihargai selain meminta agar golongan lelaki belajar menghargai pasangan dalam apa jua situasi.

Jangan sampai isteri tawar hati…

Sedih tengok video ni

Dia tetap senyum!

Hargai la usaha isteri tu…

Kesian tak dilayan

Ramai memahami situasi yang berlaku kepada akak ni, memang terasa! Malah ada juga yang kata kalau sekadar ‘content’ pun, patut dijadikan pengajaran untuk pasangan lain.

Sumber: TikTok @c_ehem

Sumber : ohmymedia

Artikel Berkaitan   6 TEKNIK UNTUK LEMBUTKAN DAGING YANG LIAT MENJADI LAZAT