Selepas Munt4h Tanpa Berhenti Selama Dua Hari. Mat Dan terpaksa pergi hospital sendiri disebabkan ini.

Selebriti media sosial Mat Dan atau nama penuhnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah mendedahkan yang dia kini sedang dirawat di sebuah hospital di kampung halamannya, Cheltenham, Gloucestershire. Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram, Mat Dan berkata, dia pergi ke hospital selepas mengalami munth-munth tanpa henti selama dua hari.


Siaran dikongsi oleh Mat Dan (@mat_dan1)

“Assalammualaikum, saya Mat Dan dan quick update tentang saya. Sekarang ini, saya sedang dirawat di hospital di kampung halaman saya di UK. Ada masuk air.

“Munth dua hari non-stop. Telefon ambulans tapi mereka tidak boleh datang ambil. Jadi, saya serah diri ke hospital. Selepas tunggu dua hingga tiga jam, mereka terus ambil darah dan buat CT scan. Insya-Allah doa yang baik-baik untuk saya eh,” ujarnya.Dalam pada itu, Mat Dan turun memberitahu yang dia tidak dijangkiti virus COVID-19.

“Walaubagaimanapun saya negatif COVID-19. Sekarang masih tunggu keputusan untuk beberapa ujian yang dibuat ke atas saya. Doa yang baik-baik semua,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Mat Dan memberikan komen-komen positif dan mengharapkan lelaki itu lekas sembuh.

Selain itu, rakan artis Syafiq Farhain turut meninggalkan respons terhadap video yang dikongsikannya itu.“Semoga segala urusan dipermudahkan bosku,” tulisnya.

Mat Dan yang dilahirkan dengan nama Daniel James Tyler, 32, meraih populariti selepas dia dikenali sebagai mat salleh yang pandai bertutur bahasa Melayu dengan dialek Terengganu.

Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan gadis tempatan, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler, 3, dan Eydan Yusoff yang kini berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : theupdatenews24