Guru Tadika Tak Puas Hati G4gal Jadi Isteri Kedua Menteri Kewangan. Sekali Tengku Zafrul Luah Perasaan Dia “Hati Saya Dah Berpunya”

BERA – Kerana cinta, seorang wanita berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika kerugian RM4,200 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai Menteri Kewangan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang tinggal di Kemayan di sini berkenalan dengan suspek pada awal bulan ini.

“Suspek menggunakan nama Facebook Tengku Zafrul dan memperkenalkan diri sebagai Menteri Kewangan selain turut menghantar mesej kepada mangsa melalui WhatsApp.

“Suspek berjanji untuk memberikan wang sebanyak RM1 juta dan sebuah kenderaan jenis Rolls-Royce kepada mangsa jika bersetuju untuk berkahwin dengannya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, suspek kemudiaan meminta mangsa berurusan dengan individu bernama Siti menerusi WhatsApp yang did4kwa pengurus bank kepada Tengku Zafrul.

Katanya, mangsa kemudiannya diminta membayar yuran pemprosesan untuk berkahwin dengan suspek.

Mngsa membuat pembayaran melalui mesin deposit di sebuah bank di Temerloh pada 10 Disember lalu.

“Selepas menyedari ditipu, mangsa membuat laporan kerana tidak berpuas hati suspek menggunakan nama menteri untuk menipunya selain bimbang akan k3selamatan diri, keluarga serta hartanya di kemudian hari,” ujarnya.

Hati saya dah berpunya, tak minat nak cari nombor 2, kata Zafrul

Terkejut dengan berita seorang wanita ditipu dengan janji-janji oleh individu yang menyamar sebagai ‘menteri kewangan,’ Tengku Zafrul Aziz mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terpedaya sekiranya terdapat d4kwaan yang sama berulang.

“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah.

“Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2? Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Katanya, dia terkejut apabila terbaca laporan berita bahawa terdapat seorang guru tadika berusia 59 tahun di Bera, Pahang mengalami kerugian sebanyak RM4,200 akibat terperdaya dengan janji-janji manis oleh individu yang menyamar sebagai dirinya itu.

“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana.

“Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan.

“Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali,” katanya.

Menurut laporan berita, pihak polis berkata suspek menggunakan nama ‘Tengku Zafrul’ di laman Facebook dan turut memperkenalkan dirinya sebagai menteri kewangan.

Suspek turut menghantar mesej kepada mangsa melalui WhatsApp.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Sumber : theupdatenews24