“Kecewa, Tak Patut..” – Ramai Bantah Nik Ezanee Jadi Juruiring Perdana Menteri?

Berita mengenai Senior Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal yang beralih tugas sebagai juruiring rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengundang pelbagai reaksi orang ramai.


Menurut laporan Astro Awani, beliau yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor telah memulakan tugas semalam.

Bagaimanapun, pertukaran tugas itu dipersoal kebanyakan warganet sekali gus menyifatkan ia seolah-olah satu ‘pembaziran’ kemahiran dan kebolehan yang dimiliki pegawai berusia 43 tahun itu.

Meninjau ke ruangan komen laporan berkenaan di laman Facebook, rata-rata berpendapat pegawai berdedikasi dan berjiwa rakyat seperti Nik Ezanee sepatutnya berkhidmat kepada masyarakat.

Tambah warganet, mereka percaya bekas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu mampu membanteras jenayah di Selangor sebaik mungkin berbanding tugas juruiring yang didakwa kurang mencabar.

Kembalikan dia kepada masyarakat

Dari berkhidmat untuk seorang, baik berkhidmat untuk rakyat

Kecewa! Beliau patut kekal di tempat sedia ada

‘Downgrade’ tugas? Patut pikul lebih berat…

Malaysia perlukan lebih ramai pegawai macam beliau!

Sebelum ini, Nik Ezanee sering tular di media sosial apabila menjadi perhatian warganet dengan pelbagai kisah teladan dilakukannya terhadap masyarakat setempat.

Antara tindakan beliau yang menyentuh hati ramai adalah ketika tampil membantu seorang suri rumah yang ditahan selepas mencuri makanan dan ubat kerana anaknya sakit sekitar awal tahun ini.

Sumber: Astro Awani (Hilmi Malik) , Facebook Astro Awani 

Sumber : ohmymedia