Impian pemain terkaya dunia untuk membina karier dalam arena bola sepak terjejas susulan pengumuman dia akan men1ngg4lkan pasukannya ketika ini.
Faiq Bolkiah menjadi terkenal selepas dia menyertai akademi Southampton dan pernah bersama Arsenal serta Chelsea sebelum menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Leicester.
Anak saudara Sultan Brunei itu dilaporkan mempunyai kekayaan bernilai £13 bilion (RM72.8 bilion).
Dia berhijrah ke kelab Maritimo selepas dilepaskan oleh Foxes pada musim panas lalu tanpa membuat walau satu penampilan.
Harapan Faiq untuk memperoleh peluang lebih baik kembali terjejas selepas kontraknya bersama kelab Portugal itu sudah dibatalkan.
Maritimo yang menduduki tangga ke-15 daripada 18 pasukan beraksi di Liga Primera menerusi satu kenyataan berkata: “Kami sudah mencapai persetujuan dengan Faiq Bolkiah untuk membatalkan kontraknya.
“Kami berterima kasih kepadanya atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkannya sepanjang bersama kelab dan mendoakan kejayaannya.”
Kelab tidak menyatakan sebab utama pembatalan kontrak itu yang menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu gagal membuat penampilan bersama skuad utama dan hanya beraksi sebanyak dua kali dengan pasukan B.
Sumber: HMETRO
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : ASN
Sumber : theupdatenews24