Masa korang belajar bawa kereta, mesti cikgu akan suruh perlahankan kereta sebelum bonggol, betul tak? Bukan apa, ini adalah sebagai langkah keselamatan untuk memastikan pemandu tidak mengalami kecederaan ketika memandu.
Baru-baru ini tular di media sosial tentang perkongsian video dari TikTok yang memaparkan beberapa pemandu dipercayai di sebuah jalan di Sentul yang tidak memperlahankan kereta mereka ketika menghampiri bonggol tinggi.
@_flanker__Tgk smpai habis #fypdong #viral #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypシ #fypシ゚viral
Yang menjadi perdebatan di kalangan netizen adalah tentang pembinaan bonggol tersebut yang dikatakan terlalu tinggi untuk dibuat di jalan besar dan juga tentang kecuaian pemandu yang tidak memperlahankan kenderaan walaupun ada papan tanda had kelajuan 35km/j sebelum menghampiri bonggol itu.
“Terang2 kan 35km tu, abang kakak semuaaa 😭” – Komen netizen
Memang kecoh betul lah di bahagian komen dengan pandangan masing-masing. Ada juga yang risau bila lihat kereta seakan ‘melompat’ semasa melepasi bonggol tinggi tu. Ramai yang berkata mungkin pemandu tidak sedar dengan bonggol itu sebab tidak dicat terlebih dahulu.
Oleh sebab itu, ramai yang meminta pemandu untuk peka dengan papan tanda yang disediakan untuk terus kekal selamat ketika memandu kereta. Ketika ini video tersebut telah mendapat lebih dari 2 juta views dan 100 ribu likes.
Apa-apa pun, semua kena hati-hati ya bila bawa kereta… Tambah pula dengan musim hujan ni, berisiko tinggi untuk terjadi apa-apa. Biar lambat asal selamat!
Sumber :lobakmerah