Ariz Ramli Rasa Bersalah! Isteri ‘Stress’ Sampai Rebah? – “Dia Dikecam Sebab Seksi”

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Ariz Ramli meluahkan rasa serba salah apabila isterinya Farra Inalis jatuh sakit yang berkemungkinan akibat tekanan sehingga terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan.


Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu, sejak berkahwin dia mengakui kehidupan isterinya tiada lagi privasi dan berterusan menerima kecaman daripada orang ramai kerana berpenampilan seksi.

“Saya benar-benar menyalahkan diri saya untuk semua ini. Sejak berkahwin, isteri saya hilang privasi dan sentiasa dikecam kerana seksi.
“Mungkin tekanan bergelar isteri saya menyebabkan dirinya jatuh sakit sehingga rebah,” tulisnya dalam sebuah posting video di laman Instagram, malam tadi.

Menerusi video tersebut, Ariz merakam keadaan isterinya yang berusia 26 tahun itu sedang tidur merehatkan diri di atas katil hospital sebelum menerima rawatan selanjutnya.

Malah, penyanyi lagu Kau Hade itu sedar dia membawa imej ‘jihad’ selain memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga sekali gus meminta orang ramai tidak menyalahkan isterinya.

“Jangan kecam dia, kecam saya. Saya yang ‘berjihad’ , yang bina aplikasi untuk ummah,  berjuang untuk Palestin dan imam bagi rumah tangga.
“Jika sesiapa yang gagal, itu saya. Lepaskan semuanya pada saya, bukan keluarga saya,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, netizen mengakui segelintir individu kadang-kala memberikan kecaman melampaui batas tanpa memikirkan kesan terhadap kehidupan orang lain.

@elis620doing some exercise after food 😋

♬ Superstar – MarkTheHerras

Bagaimanapun, rata-rata mendoakan Farra Inalis atau mesra dipanggil Elis agar diberikan kesembuhan an kuat berdepan persepsi orang ramai kerana dirinya masih belum berhijab.

“Ramai je seksi kat TikTok, tapi sebab dia kahwin dengan Caprice..” – Ariz

Elis jangan layan sangat komen netizen

Semoga cepat sembuh!

Selalu sangat gelik, pakai seksi tu yang kena tegur

Terdahulu, Ariz mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Kelantan itu yang berstatus ibu tunggal anak satu pada 15 November lalu.

Sumber: Instagram Ariz Ramli , TikTok Farra Inalis

 

Sumber : ohmymedia