SUDAH menjadi kelaziman peminat untuk ‘menjodohkan’ artis kesayangan mereka, lebih-lebih lagi jika pasangan itu merupakan gandingan dalam sesuatu drama atau lagu.
Terbaharu, pelakon Aniq Suhair dan Wani Kayrie juga menerima nasib sama apabila ada segelintir peminat berh4rap mereka menj4linkan hubungan istimewa bukan sekadar dalam drama.
Meskipun drama Tahyul yang bersiaran di TV3 itu sudah berakhir pada bulan lalu, Wani atau nama sebenar Syazwani Abdullah, 21, mengakui masih ada peminat berh4rap mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih.
“Tak ada la… mana ada bercinta! Mungkin berlakon drama sama-sama jadi sebab tu orang nak kenen-kenenkan kami, lagi pula penonton drama itu ramai yang muda remaja, mereka rasa kami sesuai bercinta.
“Tengok kami serasi terus mereka nak jodohkan dan ada yang berh4rap kami benar-benar bercinta. Rasanya ini bukan kali pertama, sebelum ini saya banyak bekerja dengan Afieq Shazwan pun turut menerima reaksi yang sama daripada peminat.
“Sejujurnya bila timbul g0sip-g0sip nak4l macam ini rasa tak selesa juga sebab niat kita kongsi foto dan video di laman sosial adalah untuk mempromosikan kerja atau drama tapi orang fikir lain pula!” katanya kepada mStar.
Peminat suka Wani dan Aniq bergandingan bersama dalam drama.
Ditanya mengenai status d1rinya, penyanyi lagu Magika ini berkata dia masih belum mempunyai kekasih kerana mahu memberikan fokus pada kerjaya seni yang sedang meningkat naik.
Akui rim4s sering diajukan soalan mengenai hubungannya dengan Afieq Shazwan, Wani berkata mereka berdua hanya sekadar kawan rapat sejak beberapa tahun lalu.
Kadang-kadang rimas juga bila setiap kali live di Instagram untuk promosi lagu dan drama orang tetap tanya mana Afieq?
WANI KAYRIE
PENYANYI/ PELAKON
“Saya dah lama single, sejak habis sekolah memang tak jumpa lagi pasangan.
“Kadang-kadang rim4s juga apabila setiap kali live di Instagram untuk promosi lagu dan drama orang tetap tanya mana Afieq? Sebabkan kami masing-masing sibuk, macam mana nak jumpa.
“Kami masih berkawan macam dulu… ada la sesekali bertanya khabar menerusi laman sosial dan WhatsApp,” ujarnya.
10 hari menjalani kuarantin selepas disahkan positif cov1d-19, Wani mahu sambung kerja tertangguh.
Dalam perkembangan lain, Wani memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik selepas tamat tempoh kuarantin selama 10 hari akibat j4ngkitan cov1d-19.
Lega semuanya sudah berakhir, Wani berkata dia akan menyambung semula beberapa kerja yang tertangguh.
Antaranya penggambaran drama Adakah Engkau Menungguku yang tergendala dan mempromosikan single baharu berjudul Jangan Terlepas Pandang.
“Alhamdulillah, saya semakin baik cuma suara sahaja masih sengau, kuarantin pun dah selesai. Selepas ini saya dah boleh sambung kerja yang tertangguh.
“Sebenarnya saya serba salah dengan pihak produksi apabila penggambaran drama terpaksa dihentikan apabila saya disahkan positif cov1d-19, semua team pun kena kuarantin.
“InsyaAllah 19 Disember ini kami akan mulakan semula penggambaran. Selain itu, saya juga sibuk mempromosikan lagu baharu. Alhamdulillah lagu itu menerima maklum balas positif pendengar dan rata-ratanya suka dengan lagu pop begitu yang cukup dekat dengan jiwa saya,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: mstar
Sumber : theupdatenews24