Ramai Teruja Nampak Nama Anak Malaysia Dalam ‘End Credit’ Spider-Man : No Way Home, Rupanya..

Korang dah tengok filem Spider-Man: No Way Home? Kalau korang familiar dengan filem-filem terbitan Marvel, mesti korang tahu biasanya di tengah dan penghujung kredit cerita itu akan ada lagi babak yang bakal tease korang untuk filem diorang di masa akan datang.

Tapi kat sini kita bukan nak bincang pasal babak selepas end credit dalam filem tu, sebaliknya ada sesuatu yang ‘menangkap’ mata orang ramai dalam senarai nama orang yang diberi kredit untuk filem No Way Home itu.

Melalui satu ciapan dari laman Twitter, pengguna ini ternampak nama anak Malaysia turut dikreditkan dalam filem pecah panggung itu. Wah… menarik ni!

Siapa Dayang Norrafida?

Menempa nama sebagai anak Malaysia, Dayang Norrafida Abang Suhaili merupakan seorang production coordinator di Luma Pictures, sebuah studio kesan visual yang dikenali dengan beberapa buah filem blokbuster.

Turut dikongsi oleh pengguna Twitter @sirennextdoor, anak jati Sarawak itu juga terlibat dalam mencipta kesan visual dan animasi kepada filem dan siri terbitan Marvel Studios seperti WandaVision, Loki, Shang Chi dan Eternals.

Cats8

Sumber: Carian Google

Antara peranannya yang lain sebagai production coordinator termasuklah floor task yang memerlukannya memastikan jadual yang disusun berada di garis masa yang betul dan menetapkan penanda aras kepada artis secara mingguan.

Filem-filem lain yang mempunyai penglibatannya termasuklah Godzilla vs Kong, The Tomorrow War dan Space Jam 2. Fuhh, caya lah!

9 3 2

Sumber: IMDb

Bekas pelajar Multimedia University (MMU) ini dikatakan menimba pengalaman selama 16 tahun di Malaysia, juga di negara-negara Asia Tenggara lain termasuklah Indonesia, Vietnam dan Thailand sebelum melibatkan diri bersama Luma Pictures di Australia.

Artikel Berkaitan   Kec0h Anak Berlakon Watak G4y, Sekali Netizan K0rek Siapa Bapa Dia

Walaupun skop tugasnya di balik tabir, namun pencapaian ini tetap dikatakan membanggakan rakyat Malaysia. Kalau tak ada orang back stage, tak jadi juga filem tu kan?

Bangga jadi rakyat Malaysia

Melalui ciapan tular itu, ada yang menyatakan bahawa ramai lagi anak tempatan yang telah melakar nama mereka di pasaran Hollywood. Ramai juga yang melihat Dayang sebagai insiprasi mereka yang turut berada dalam bidang yang sama.

5 Vert

Sumber: Twitter

Amazing betul! Semoga ramai lagi anak tempatan yang membawa nama negara kita di persada antarabangsa.

Sumber: lobakmerah