Unik! Ramai Puji Kecomelan Bayi ‘Istimewa’ Dari Sarawak Ini

Kalau dah namanya baby, confirm comel kan? Geram je tengok! Lepastu wangi je bau baby ni tau. Tenang je bau dia.


Bila nak marah kan…tengok baby terus tak jadi marah. Diorang ni kira macam pengubat lah untuk kita bila stress.

Bercerita tentang baby, tular di laman TikTok baru-baru ini, seorang bayi dari Sarawak yang terlihat sangat unik dan comel!

@avelina_93#babyoneinamillion#sarawakian#hospitalumumsarawak

♬ One In A Million – Ne-Yo

Video berdurasi 16 saat sahaja itu telah berjaya membuat banyak hati yang cair melihat kecomelan bayi ini. Dikongsikan oleh saudari @avelina_93, bayi tersebut dikatakan sangat unik dan istimewa kerana mempunyai bulu yang lebat macam ‘teddy bear’!

Bayi berusia 7 bulan tersebut terlihat mempunyai bulu yang sangat lebat dan lembut. Dikatakan, ramai yang geram melihat kecomelannya sehingga video tersebut berjaya mencapai sebanyak 1.6 juta jumlah tontonan dalam masa sehari sahaja!

Ada yang berpendapat bahawa bayi ini menghidap Hypertrichosis (werewolf syndrome) iaitu keadaan seseorang yang mempunyai bulu yang sangat lebat di seluruh tubuh badan. Namun begitu, tiada lagi kenyataan yang sahih dikeluarkan oleh pihak keluarga terutama daripada ibu bapa bayi comel itu berkenaan keadaan sebenarnya.

Jika dilihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji bayi berkenaan dan geram melihat gelagat comelnya. Ada juga yang berkata pernah berjumpa dengan bayi ini bersama ibu bapanya di sekitar Sarawak.

Komen Bayi 5

Sumber: TikTok
Komen Bayi 1

Sumber: TikTok
Bayi 2

Sumber: TikTok

Selain itu, ada juga yang mendakwa dirinya pernah terjadi situasi seperti bayi ini dan bulu lebat itu dikatakan akan mula gugur semasa proses membesar. Namun, keadaan yang sama akan terjadi kepada bayi ini tidak dapat dibuktikan kerana punca sebenar keunikan bayi ini belum diketahui.

Komen Bayi 4

Sumber: TikTok

Apapun, dia tetap cute! Rasa geram je tengok baby tu mesti lembut kan dia!

Sumber : lobakmerah