Seorang pengusaha ais krim menerima penghormatan terakhir dengan cara yang sangat unik di United Kingdom pada hari pengebumiannya.
Pengebumian Hasan Dervish, 62 telah diiringi 10 buah trak ais krim sebelum dikebumikan di tanah perkuburan dekat Camberwell semalam.
Memetik laporan Daily Mail UK, seorang penduduk yang tinggal berdekatan jalan ke tanah perkuburan telah terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi trak ais krim dari luar rumahnya. Louisa Davies berkata kepada sumber, beliau agak pelik dengan bunyi trak aiskrim yang tiba-tiba kedengaran tatkala negara mereka berada dalam musim sejuk.
Menurut Davies yang sempat merakam perarakan itu, antara lagu yang dimainkan oleh trak-trak aiskrim itu adalah The Band Played On dan The Mister Softee Jingle. Dua lagu yang cukup sinonim dengan trak aiskrim gunakan untuk menarik perhatian pembeli.
Davies yang tidak mengenali dan mengetahui riwayat hidup si mati berkata, perarakan itu sedikit sebanyak menyentuh hatinya dan berasa kagum dengan semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh pemandu-pemandu trak aiskrim yang lain.
Korang boleh tengok video perarakan tu kat bawah ni.
Sumber: Daily Mail
Sumber : lobakmerah