Ketika ini dapat dilihat orang awam dan juga pihak-pihak bukan kerajaan (NGO) telah berganding bahu bersama-sama pihak berkuasa menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang sedang menghadapi ujian.
Edar bantuan di kawasan banjir
Tak kurang juga para selebriti turut sama turun ke lokasi-lokasi tersebut untuk memberikan bantuan serta pertolongan agar beban yang ditanggung mangsa dapat diringankan.
Antara yang menghulurkan bantuan ialah penyanyi muda, Ismail Izzani apabila membawa barangan keperluan dan diedarkan kepada penduduk di sekitar Taman Sri Nanding, Hulu Langat yang terjejas akibat banjir.
Kucing2 lemas tak sempat selamatkan diri
Namun begitu, dalam salah satu perkongsian selebriti tersebut di Insta story, Ismail sempat memuat naik video penduduk di Taman Sri Nanding sedang membersihkan rumah selepas banjir surut.
Apa yang menyedihkan adalah penemuan beberapa ekor kucing milik tuan rumah yang mati kerana lemas selepas gagal menyelamatkan diri.
Perkara tersebut sememangnya sangat menyedihkan lebih-lebih lagi mati disebabkan bencana alam. Pemilik rumah juga dilihat sedang membersihkan sangkar kucing dan dalam proses menanam bangkai-bangkai si bulu itu.
Masih giat edar bantuan
Ketika ini, Ismail Izzani dan teamnya masih giat memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Selaongor.
Tindakan murni yang dilakukan telah mendapat pujian ramai dan berterima kasih kerana sama-sama turun padang untuk membantu mereka yang sedang memerlukan.
Sumber: Instagram Ismail Izzani