“Ukhuwah dunia akhirat” – Anggota Bomba Palestin Buat Solat Jenazah Ghaib Untuk Mangsa Banjir Di Malaysia

Kata orang, setiap perkara baik yang kita lakukan terhadap orang lain, pasti akan ada ganjaran yang akan terpalit kepada diri kita sendiri. Meskipun kita tidak sekalipun mengharapkan balasan, namun biasanya ia tetap akan terjadi.

Demikianlah yang berlaku apabila kita sering kali menghulurkan bantuan dan mendoakan kesejahteraan bumi Palestin apabila negara itu dilanda kesusahan dan ditimpa dengan musibah yang di luar keupayaan mereka.

Ketika ini di mana negara kita sendiri mengalami krisis banjir kilat yang besar, mereka pula yang menadah tangan untuk mendoakan kesejahteraan kita, seperti foto yang dikongsi oleh aktivis kemanusiaan Malaysia, Nadir Al-Nuri dari Gaza.

Penghormatan dan doa untuk para syuhada

Menurut Nadir selaku ketua pegawai eksekutif Cinta Gaza Malaysia, pihak mereka telah dijemput untuk hadir ke majlis penyerahan kelengkapan Pasukan Bomba Dan Penyelamat Palestin sumbangan rakyat Malaysia selepas perang lepas.

3 7

Sumber: Twitter

Walau bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan tindakan dari pasukan bomba tersebut apabila mereka memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban dalam krisis banjir di Malaysia.

Biasanya penghormatan ini dibuat setiap kali tamat peperangan untuk memuliakan dan mendoakan jenazah para mujahidin yang terkorban menentang penjajah.”

Anggota bomba Palestin juga kemudiannya mengumumkan semua anggota yang berada di situ akan mendirikan solat jenazah ghaib terhadap mangsa yang terkorban di sini, diikuti bacaan doa yang memohon keselamatan rakyat Malaysia.

Bersedia menghulurkan bantuan kepada Malaysia

Tidak cukup dengan itu, Nadir turut menyatakan bahawa mereka juga berikrar untuk membuat persediaan menghantar anggota mereka ke Malaysia bagi tujuan membantu operasi menyelamat walaupun terpaksa mengorbankan diri mereka sendiri.

Indahnya ukhuwwah Islam dan semangat kesetiaan, walaupun jarak beribu batu jauhnya tetapi kerana kita sentiasa berada di sisi mereka, mereka juga tidak melupakan kita!” – Nadir Al-Nuri

Sebelum ini, Nadir juga pernah berkongsikan pengalamannya melihat jemaah Masjid Baghdad di Kem Pelarian As-Syati’, Gaza yang mengadakan solat hajat demi mendoakan mangsa banjir di Malaysia.

Rata-rata netizen Malaysia di ruang komen perkongsian itu dilihat berterima kasih kepada masyarakat Gaza yang prihatin terhadap musibah yang menimpa negara ini. Ini baru ukhuwah dunia akhirat!

1 Vert

Sumber: Instagram

Tersentuh hati melihat orang dari luar juga peka dengan keadaan semasa di negara kita. Semoga ukhwah dua negara ini akan kekal berpanjangan.

Sumber: Instagram

 

Sumber : lobakmerah

Artikel Berkaitan   'Nak tegur tapi takut makin teruk nanti' - Pihak Uni buat kem sampai langgar sensitiviti agama