“Saya halalkan” – Pengarah Urusan MYDIN Mart Halalkan Mereka Yang Pecah Masuk Cawangan Sri Muda

Pihak polis sebelum ini ada mengesahkan terdapat beberapa kejadian pecah masuk kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Ia berlaku di kawasan banjir yang teruk dan kejadian itu dipercayai pada waktu tengah hari, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Salah satu kedai serbaneka yang terkesan adalah MYDIN Mart, bagaimanapun pihak MYDIN telah tampil memberikan kenyataan yang menyentuh hati orang ramai.

Saya halalkan – Pengarah Urusan MYDIN

Mydin2

Sumber: Remaja

Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), beliau begitu tersentuh dengan insiden bencana banjir teruk saat negara masih bergelut dengan wabak Covid-19.

Tidak dinafikan salah satu cawangan MYDIN Mart, Sri Muda, Shah Alam, Selangor turut musnah dan kerugian jutaan ringgit.

Katanya lagi menerusi satu kenyataan hari ini, dia dimaklumkan dengan insiden pecah masuk di premisnya. Bagaimanapun, beliau faham kerana mereka dalam keadaan darurat.

“Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.”

Mydin

Sumber: Harian Metro

Oleh sebab itu, beliau dengan seikhlas hati menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat sebaliknya.”

“Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar mereka semua terselamat dan bencana banjir dan pandemik ini sedia pulih seperti biasa.”

Keadaan terkini MYDIN Mart, Taman Sri Muda

Semalam, Harian Metro melaporkan bahawa antara kedai serbaneka terbabit adalah Mydin Mart, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat.

Artikel Berkaitan   Wanita Ini 0bses Dengan Siti Nurhaliza Hingga Penuh Satu Rumah Gambar Dan Dua Almari Produk Simplysiti

Sumber : lobakmerah