Tiga Tahun Lalui Kisah Duka, Intan Saleh Akhirnya Kembali Bergelar Isteri

Selepas hampir tiga tahun melalui episod duka dimadukan sebelum diceraikan, Intan Saleh akhirnya kembali bergelar isteri.

Detik-detik pernikahannya yang berlangsung dalam keadaan tenang itu telah diabadikan di media sosialnya dan dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan serta warganet.

 

Diiringi dua anak2

Dalam video yang dikongsikan, dapat dilihat Intan telah memasuki dewan pernikahan dengan dipimpini dua orang anaknya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Sebak ketika sarung cincin

Dengan sekali lafaz, Intan Saleh sah bergelar suri hati kepada seorang jejaka yan dikenali sebagai Aizam Yahya.

Pasangan tersebut nampak segak mengenakan sepersalinan berwarna peach dan Intan juga kelihatan sebak ketika suami menyarungkan cincin ke jari manisnya.

 

ADVERTISEMENT

Tahniah buat bonda!

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan selamat pengantin baru buat Intan Saleh dan mendoakan rumah tangga yang dibina akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mereka juga tumpang gembira dengan kebahagian yang ditemui semula wanita tersebut selepas melalui episod duka yang sangat berbekas dalam diri.

 

Alhamdulillah hadir insan yang ikhlas & jujur

Semoga terus berbahagia

 

Semoga kekal hingga ke Jannah

Terdahulu, Intan Saleh pernah bernikah dengan seorang pemuzik dikenali sebagai Ude. Namun, selepas lima tahun berumah tangga, mereka disahkan berpisah dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki.

Perpisahan mereka ketika itu juga dikaitkan dengan selebriti wanita iaitu, Ezreen Asmida yang kini merupakan isteri kepada Ude.

Sumber: Instagram Intan Saleh

Sumber : ohmymedia

Artikel Berkaitan   Cuti bersama siap laga pipi, Eyka Farhana kekasih pemain JDT?