“Dia dah angkut kereta aku” – Ada Pihak Cuba Curi Kereta Mangsa Banjir Yang Tersadai?

Dalam satu bencana, pasti akan wujud pihak yang cuba ambil kesempatan dalam kesempitan hidup seseorang.

Disebalik kesedihan rakyat Malaysia melihat keadaan mangsa banjir yang rumahnya musnah dan kereta tersadai, ada pihak tak bertanggungjawab cuba ambil kesempatan dengan mencuri kereta-kereta tersebut. Kurang ajar!

Dah lah ditimpa banjir, kereta rosak ni nak pedajal orang lagi

Satu perkongsian di Instagram menunjukkan salah seorang kereta mangsa hampir dicuri oleh sebuah lori.

Menurutnya, lori itu angkut banyak kereta termasuklah kereta perakam, mereka akan cabut nombor pendaftaran sebelum angkut.

Bagaimanapun pemilik kereta menyatakan bahawa keretanya itu dapat diselamatkan setelah ditahan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Disebabkan itu, pemilik kereta ini turut berpesan agar mana-mana mangsa yang keretanya ‘tersadai’ untuk sentiasa pantau jika ada lori ini, kemungkinan mereka mahu angkut. Info mengenai lori tersebut tertera di posting asal.

Berikutan dengan perkongsian ini, ramai netizen marah dengan sikap pihak yang tak bertanggungjawab itu.

Orang dalam musibah dia pula ambil kesempatan – Netizen

Kereta

Kereta2 1

Andaikata lori tu memang ada niat tak betul, harap dapatlah diambil tindakan segera, kepada pihak mangsa mungkin boleh cuba ambil masa jenguk kenderaan anda dan semoga tabah hadapi dugaan ini.

Sumber : lobakmerah

Artikel Berkaitan   Mampu Merawat 36 Jenis Kanser, Datuk Husam Beri 'Hint' Akan Buat Kajian Mengenai Manfaat Ganja Untuk Perubatan