“Orang lain pulak dapat spotlight” – Aksi Comel Abang Rider Berpelampung Curi Perhatian Netizen

Macam yang kita semua tahu, bencana banjir sedang melanda banyak negeri di Malaysia sekarang ini. Ketika ramai yang terjejas, masih ada juga individu yang kuat semangat dan terus melanjutkan pekerjaannya walaupun terkesan dengan banjir tersebut.

Dalam pada banyak cerita-cerita menyayat hati yang kita dengar atau lihat sebelum ini, ada juga yang tampil menghiburkan, walaupun secara mereka tak sedar.

Contohnya macam klip temu ramah yang dikongsi oleh Nazrudin Rahman, bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan melalui laman Twitter miliknya. Orang lain yang kena interview, orang lain pulak yang dapat spotlight!

Bertempat di Selangor, klip berdurasi 45 saat itu melihatkan seorang lelaki sedang ditemu ramah oleh pengacara dari program Malaysia Hari Ini (MHI).

Namun, datang seorang rider yang lengkap bertopi keledar dan membawa beg penghantarannya melihat ke arah kamera beberapa kali sambil membuat tanda peace. Nampak sangat first time masuk TV tu bang.

Lebih menghiburkan, abang Grab itu juga dilihat memegang sebuah pelampung berwarna-warni, bersesuaian dengan situasi di belakang di mana air banjir telah naik ke paras betis. Alahai, orang Malaysia ni bila je tak kelakar?

“Hantar makanan pakai pelampung, next level ni.” – Netizen

Rata-rata netizen di ruangan komen tak kering gusi melihat gelagat random dari abang Grab itu. Mana tidaknya, dengan peace-nya, dengan pelampung banyak warnanya.

9 4

Sumber: Twitter

Ada juga yang berseloroh, mengatakan tak ada perkara yang mampu menghalang golongan rider, termasuklah banjir.

8 Vert

Sumber: Twitter

Apabila semua sedang berduka dengan banjir, abang rider sentiasa ada untuk hiburkan semua! Semoga dimurahkan rezeki, bang.

Sumber: Twitter

Artikel Berkaitan   “Dia Bercita-Cita Bawa Keluarga Pergi Mekah,” – Ebit Lew Lawat Pus4ra & Keluarga Arw4h Zulfarhan Osman, Beri Hadiah Pakej Umrah

Sumber :lobakmerah