Budu dan masyarakat yang berasal dari Pantai Timur sememangnya tidak dapat dipisahkan. Makanan yang dimakan bersama nasi dan ayam atau ikan goreng ini menjadi kegemaran kerana rasanya yang unik dan istimewa.
Ini terbukti apabila baru-baru ini tular dengan satu video yang memaparkan seorang pelajar antarabangsa yang menunjukkan cara-cara makan budu.
Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama @_ArifHisham_ itu telah meraih perhatian ramai. Dalam rakaman berdurasi 21 saat itu kelihatan pelajar antarabangsa itu sedang makan nasi sambil menunjukkan cara makan budu.
Foto sekadar hiasan. Sumber: Kelantanfood.com
Buat yang tidak tahu apa itu budu, ia adalah pati ikan bilis yang kebiasaannya dicampurkan dengan potongan cili padi dan perahan limau.
Namun apa yang lebih menarik apabila di penghujung video itu kedengaran lelaki tersebut menyebut, “dap eng”.
Berikut adalah video pelajar antarabangsa makan budu yang menjadi perhatian ramai:
Cara-cara makan budu yg sebenar😁 pic.twitter.com/AkLm2mgHbL
— ع (@_ArifHisham_) January 6, 2020
Ada yang terliur tak tonton lelaki ini makan? Video tersebut telah meraih lebih 170,000 tontonan dengan 11,600 retweets serta 9,600 likes.
Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:
“That ‘dak eng’ hahahha”
“Letak limau dan cili pula kan hmm sedap boh!!”
“Ya Allah aku terliur!! Hahah sedapnye! Nak lagi ada petai bakoo”
“Hahahah selera bhai dia. Aku pun nampak terliur doh”
Kredit: _ArifHisham_, HCL