Selain daripada siput, binatang lain yang bergerak perlahan juga adalah seperti kura-kura. Namun begitu, haiwan ini mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu selama 150 tahun lamanya. Jadi, jangan pandang remeh terhadapnya.
Jika sebelum ini anda tidak pernah melihat bagaimana cara kura-kura ‘lari’, hari ini kami akan kongsikan sebuah video bagaimana haiwan tersebut menyelamatkan diri daripada musuhnya.
Not today bro pic.twitter.com/8D2dwIOL7y
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) July 29, 2020
Pada beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh sebuah akaun Twitter iaitu @anthraxxxx dimana terdapat seekor kura-kura yang ‘lari’ demi menyelamatkan diri daripada menjadi santapan buaya.
Menerusi video terbabit, buaya berkenaan telah cuba menelan ‘makanannya’ itu beberapa kali namun usahanya menemui kegagalan apabila kura-kura tersebut terpelanting dan berjaya meloloskan diri.
Sesuai dengan kapsyen “not today bro”, rata-rata warga netizen terhibur dengan kenyataan tersebut di samping terkejut melihat kura-kura itu ‘berlari’.
Ternyata, ramai di antara warganet yang pertama kali melihat bagaimana cara seekor haiwan yang bercengkerang keras itu ‘berlari’ kerana sebelum ini mereka hanya melihat kura-kura bergerak santai.
Posting berkenaan telah mendapat perhatian warga netizen dengan mendapat sebanyak 1.5 ribu butang suka dan 1.5 komen di ruangan tersebut.
“Buaya tu memang takde usaha nak kejar balik ke?…”
“Laju pulak kura-kura ni…”


kredit HCL