“Teman Lelaki Dan Saudara Siapa Ini? Aku Bagi Popular Sikit” Wanita DAP Dedah Wajah Lelaki Yang Buat Gangguan Seksual

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Berang gara-gara berdepan gangguan seksual oleh seorang lelaki, Setiausaha publisiti Wanita DAP Johor Marina Ibrahim bertindak mendedahkan identiti pelaku di media sosial, hari ini.

Dakwa Marina, pemuda berkenaan hangat membicarakan soal halal dan haram namun, melakukan aksi lucah di media sosial.

“Teman lelaki dan saudara siapa ini? Aku bagi popular sikit. Cerita halal haram tetapi melucah tidak ingat halal haram,” katanya di Twitter.

Pendedahan Marina membuatkan pengikutnya tertanya-tanya latar belakang pemuda yang bersikap keterlaluan itu.

Marina berkata, pendedahan itu satu permulaan malah tidak teragak-agak untuk berkongsi foto pemuda lain jika masih menerima gangguan sama.

“Mana yang siap ada gambar anak bini, lepas ini tiada maaf lagi ya. Aku bagi popular terus, biar bini korang nilai sendiri,” katanya lagi.

 

 

kredit projekmm