“Meletup Macam Dalam Filem” Beirut Bergegar Cetus Letupan Besar Dari Pelabuhan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos ― Satu letupan kuat mengegarkan ibu kota Beirut mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 maut sementara lebih 2,750 yang lain cedera.

Memetik laporan portal berita The Guardian, letupan di pelabuhan bandar berkenaan dipercayai berpunca daripada bahan kimia ammonium nitrat.

Menerusi rakaman video dikongsi orang ramai di media sosial, letupan turut menyebabkan kerosakan teruk harta benda awam dengan kebanyakan bangunan dan kenderaan musnah.

Pihak berkuasa Lubnan menjangkakan jumlah kematian akan terus meningkat di sebalik kekangan bantuan perubatan memandangkan fasiliti hospital turut terjejas akibat letupan tersebut.

Setakat ini, beberapa negara menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan perubatan antaranya Turki, Perancis, Sepanyol dan Israel.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Posted by Lipan Baraa on Selasa, 4 Ogos 2020

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   “Tahniah Fouziah Gaus!” Wanita Muda Ini Menang Anugerah Usahawan Muda Berjaya