Sebut je Nasi Goreng Cili Kering atau Cabai Kering, mesti terimbau kembali zaman dulu-dulu. Ramai yang kata ini nasi goreng ‘lejen’ kerana keenakkan rasanya yang menggamit memori.
Tapi min pun memang tak boleh lupa. Setiap kali kalau balik kampung je, memang akan selalu dapat makan nasi goreng ini waktu sarapan pagi.
Sedapnya dia susah nak gambarkan. Sebabnya, walaupun dah sejuk pun nasi goreng cili kering ini, masih lagi konsisten rasanya. Bayangkan kalau makan ketika panas-panas. Fuhh!
Alang-alang dah panjang lebar min berceloteh, jom kita tengok bahan-bahan simple yang boleh pakai kat dapur dengan resipi perkongsian dari Adilah Razak ini.
Resipi Nasi Goreng Cili Kering
Bahan tumbuk / kisar:
- 4 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
Bahan lain:
- Nasi sejuk
- Sejemput belacan bakar
- Sejemput ikan bilis
- 5 tangkai cili kering – digunting kecil
- Petai – optional
- 2 biji telur ayam – optional
- 2 ekor ikan goreng yang telah dicarik isi – optional
- Garam
- Ajinamoto
Cara memasak:
1. Panaskan kuali & tumis bahan tumbuk
2. Kacau sehingga naik bau, kemudian masukkan belacan bakar, ikan bilis dan cili kering. Biarkan cili kering sedikit garing.
3. Masukkan pula telur ayam. Biarkan berketul sedikit baru dikacau
4. Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati
5. Perasakan dan masukkan isi ikan goreng
6. Kacau sekata dan biarkan nasi sedikit kering
7. Masukkan petai dan kacau & bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidang.
Nak lagi sedap, hidangkan sekali dengan ayam goreng atau telur mata. Memang marvellous tau rasa dia!