Ada warganet yang persoal kenapa sanggup buka alb sendiri demi konten. Sekali ini jawapan Norreen Iman.

Masih lagi tular mengenai selebriti media sosial Norreen Iman, yang mengaku termakan sandwich yang mengandungi perut khinz1r (p.rk belly) menerusi rakaman video di Instagram nya.


Kini di laman Twitter warganet heboh mempersoalkan motif sebenar selebriti media sosial tersebut, berkongsi video rakaman yang mendkwa dirinya termakan sandwich berkenaan.

Persoal Mustahil Tak Baca Dulu Sebelum Makan

Pengguna media sosial terkenal di Twitter @Mulut_Cabai berkongsi pandangannya dengan mengatakan, selebriti media sosial berkenaan bukan berada di negara yang sukar difahami bahasanya.

Tambahan lagi, pemilik Twitter ini juga menyoal tak kan wanita berkenaan tidak membaca dahulu kandungan sebelum menjamah sandwich tersebut.

“Nyah.. Kau p negara Omputih nyah. Bukan p Jepun, Thailand, Zimbabwe sampai tak tahu beza, tak tahu nak membaca, tak tahu nak sahkan dulu.

Lawak hambar kau nyah. Sian khinzir tu dipersaIahkan. Dia dah m.ti lama nyah. Kau elok kunyah. Sekarang nak cari tanah nak sagat lidah tu plak.” Ciap @Mulut_Cabai

Netizen Syak Sengaja Sebarkan Video Kerana Konten

Ciapan pemilik Twitter @Mulut_Cabai itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain, dan masing-masing berkongsi pandangan selebriti media sosial tersebut seolah-olah sengaja menyebarkan video tersebut kerana konten.

Bukan itu saja, ramai juga yang mempersoalkan mustahil selebriti media sosial berkenaan tidak nampak kandungan sandwich tersebut yang jelas mengatakan mengandungi perut khinz1r.

“Tuhh larr macam pelik.. Takkan tak baca kandungan sebelum ambil dan bayar.. Dah makan baru nak baca kandungan, macam saja jeerr nak buat konten.”

“Ini bukan kesllapan tapi lebih pada kebodohan yang dibuat-buat. Kalau silap sekalipun, silap yang disengajakan. Gigih siap buat video.”

“Tak nyah kan smoked bacon.. Raw ‘pork’ tu pun dah jelas nyata dan terang.. Ini lah pentingnya pendidikan Inggeris.”

“Sia-sia belajar Inggeris dari darjah 1. Sampai bumi England terus mencanak ketuanan Melayu sampai mata kabur baca perkataan Inggeris.” Komen mereka

Berani Sebar Alb Sendiri, Tanggunglah Kritikan – Warganet

Bukan itu saja, ada juga pengguna media sosial yang menegur dengan mengatakan selebriti media sosial berkenaan berani menyebar aib sendiri jadi harus berani terima kritikan orang ramai.

Selain itu, ada juga yang memperli menjelang tahun 2022 ramai yang sibuk sebarkan kebdohan diri di media sosial.

“Sesetengah orang jadi “macam lah korang tak pernah buat silap”. Kalau kau tahu, kau buat salah dan kesalahan tu boleh mengaibkan diri sendiri tak perlu nak bagitahu pada semua orang di media sosial. Jadi kalau diri sendiri berani sebar aib sendiri, sendiri tanggung lah kecaman. Normal lah.”

“Aku kalau dah termakan b.bi memang buat senyap jelah. Malu boh nak cerita dekat orang. Lupa zaman sekarang semua nak kongsi dekat media sosial.”

“Menjelang 2022 ni kan, zaman sebarkan keb.dohan  sendiri jadi apa lagi sebarkan.” Komen mereka lagi

Video yang dimuat naik selebriti media sosial dan pelakon Noreen Iman yang termakan sandwich mengandungi pork belly atau perut b.bi menerima pelbagai respons di kalangan warganet.Ada yang terhibur dengan nasib Noreen dalam video itu, namun tidak kurang juga mengritik dan memberi sindiran pedas.

Tidak Sengaja menjamah Sandwish itu.

Bagaimanapun, bagi menjawab semua tohmahan dilemparkan terhadapnya, Noreen memuat naik beberapa video di Instastory terbaharu untuk membuktikan dia tidak sengaja menjamah sandwich itu.

“Aku dah tengok video Ustaz Azhar Idrus. Aku makan sandwich bacon, bukan daging babi mentah. Aku makan makanan yang dah diproses.

“Jadi tak perlu samak, hukumnya pun tak bersalah. Tak sengaja, tak tahu dan makanannya pun dah diproses,” ujarnya.

Dalam masa sama, Noreen turut memohon maaf sekiranya video itu membuat segelintir pihak kurang senang kerana dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

Sumber: Murai/Instagram

Apa pandangan anda tentang isu ini?

Tidak Sengaja Termakan Sandwich Tidak Halal. Norreen Iman Bengang Dapat Soalan Macam Ini Dari Warganet.

Ketibaan selebriti media sosial dan pelakon, Norreen Iman ke London, United Kingdom disambut dengan insiden yang tidak diingini apabila wanita itu dengan secara tidak sengaja menjamah sandwich yang mengandungi ‘p.rk belly’ atau perut daging kh1nzir.

Menerusi hantaran-hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram Story, Norreen memberitahu yang dia membeli sandwich berkenaan kerana tidak tahu kandungan sandwich berkenaan ada unsur tidak halal.

Video:

 

“Aku beli ni nampak kat situ tulis ham ke apa. Hari pertama saya berada di UK saya termakan b.bi. Pengajarannya sebelum makan kita tanya orang dulu dan baca di belakang,” katanya.

Kelihatan turut sama mengikuti Norreen ke London pelakon Janna Nick dan penyanyi Andi Bernadee. Dalam pada itu, Norreen turut menyelar beberapa individu yang bertanya di ruangan DM di Instagram bagaimana rasa apabila termakan daging haiwan haram tersebut.

“Semalam termakan b.bi. Hari ni aku rasa macam nak samak lidah aku berkali-kali tahu tak. Malam tadi dah berus gigi beriya, hari ni kena buat benda yang sama ni. Korang boleh lagi tanya, macam eh rasa b.bi tu sedap tak? Hello, aku bukannya nak makan sangat pun b.bi tu. Aku rasa macam sakit hati.

“Duk semua DM, tapikan alang-alang dah termakan tu nak tahu jugak sedap tak rasa dia. Aku sepak muka kau nanti sampai muka kau jadi b.bi tau.

“Boleh pulak semalam tersangkut-sangkut kat gigi aku. Aku macam nak jumpa doktor gigi terus bersihkan gigi aku yang penuh dengan BLT, b.bi lemak tepi. Inilah caranya mungkin nak samak sekiranya kau termakan b.bi di London,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya menasihati Norreen supaya lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang halal ketika berada di sana.

Ada juga yang memberi cadangan supaya membeli makanan di kedai arab.

Sumber: Instagram (norreen143).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :theupdatenews24