Seorang lelaki yang baru sahaja kehilangan tempat tinggalnya dan pekerjaan nekad bawa 47 ekor kucing tinggal bersamanya di dalam kereta bersamanya.
Difahamkan Kejadian tersebut berlaku di kawasan rehat di tenggara Minnesota yang pada ketika itu suhu disana mencecah lebih 32 darjah celcius.
Pada hari Selasa lalu, menurut pihak berkuasa kucing-kucingnya itu terpaksa diserahkan kepada Persatuan Kemanusiaan Haiwan.
Apabila kejadian itu berlaku, seorang pegawai telah mengambil tindakan untuk mengetuk tingkap kereta lelaki tersebut sambil bertanya khabar mengenai kesihatannya.
Dalam pada itu, dia menyedari haba terik di luar bercampur dengan kelembapan yang berkemungkinan akan menyebabkan suhu di dalam kenderaan itu mampu mencecah paras yang amat tinggi dan tidak boleh didiami.
“Malangnya, suhu tinggi yang direkodkan menyebabkan situasi berada di luar keupayaannya. Pemilik kenderaan tersebut membenarkan kami membantunya,” ujar penyiasat Persatuan Kemanusiaan Haiwan, Ashley Pudas.
Mengikut AHS, pemilik tersebut telah tinggal bersama kucing-kucing tersebut dalam satu tempoh jangka masa yang lama.
Kucing-kucing tersebut berjaya diselamatkan dan hasil pemeriksaan menemui haiwan-haiwan itu berusia dalam lingkungan umur bawah setahun sehingga 12 tahun. Kesemua kucing tersebut juga telah menerima pemeriksaan kesihatan oleh doktor haiwan.
Walaupun, ditinggalkan di dalam kawasan yang tidak bersih, kucing-kucing tersebut rata-rata berada dalam keadaan yang sihat kecuali beberapa ekor yang mengalami masalah dehidrasi.
Setelah diselamatkan, kucing-kucing tersebut akhirnya dapat merasai suasana tempat tinggal yang mempunyai ruang peribadi sendiri yang selesa untuk makan, tidur dan bermain.
Sumber: News Yahoo