
Kalau orang dah minat dengan kucing, hampir semua benda nak dikaitkan dengan si comel itu. Betul tak? Begitu juga dengan penulis yang amat menyukai dan menyayangi kucing. Mereka ni dah lah comel, keletah mereka juga sangat melucukan dan kadangkala buat kita jadi obses dengan kecantikan warna bulu, mata dan semualah!
Mesti ada antara anda sekalian yang sangat obses dengan kucing sampai dibuat tidur, gantikan mereka dengan bantal busuk atau anak patung. Memang seronok dapat tidur dengan haiwan kesayangan namun harus berwaspada dengan ancaman kesihatan. Ya tahu, kucing antara haiwan yang dikira sebagai pembersih tapi apa pun diingatkan berjaga jaga. Walau apa pun mari kita lihat 3 sebab kenapa manusia tak boleh tidur dengan haiwan
#1 Waktu tidur tak sama
Kucing memang kuat tidur! Mereka mampu tidur selama 15 jam tapi waktu tidur kucing tidur tidak sama dengan manusia. Bayangkan anda tidur satu bilik bersama kucing dan kemudian ia akan bangun sekitar 2 atau 3 pagi, sudah pasti mereka akan mencakar atau menjilat muka anda. Ini memang boleh terjaga dibuatnya. Kucing sangat aktif sekitar masa itu dan ia masih menjadi tanda tanya pakar.
#2 Jangkitan bakteria
Bulu kucing memang menawan sangat dah lah lebat, kembang, lembut dan berkilat. Si penjaga harus berjaga-jaga kerana bulu kucing boleh menjadi pembawa kuman dan bakteria. Iyalah kotoran dari kotak najis boleh melekat pada bulu dan ditinggalkan pada kawasan katil anda.
#3 Kucing boleh ‘mengamuk’
Kucing ada sikap memberontak bila ia terasa haknya dicabul, jangan main-main ya! Jika anda terasa sudah tidak mahu tidur bersama atau mengalihkan ia ke tempat baru. Kucing akan beri reaksi negatif seperti mencakar dan merosakkan perabot, kencing merata dan banyak lagi. Bagi tindakan ‘memujuk’, beri ia permainan baru untuk ia melepaskan rasa ‘marah’.
Guys, tolong admin create cerita menarik untuk community kucing kita. Komen cerita kucing anda yang menarik di bawah nanti admin masukkan dalam website. Deal?