“Astaghfirullahal’azim…Mana Pergi Maruah Kamu Adik Kecil Woi. Kalau Tak Reti Malu Pada Manusia Malulah Pada Allah”

PETALING JAYA, 19 Feb — Tindakan seorang individu menegur sepasang remaja didakwa sedang bercinta di bawah sepohon pokok tular di laman sosial.

Rakaman berdurasi 30 saat itu dimuat naik pengguna Man Manjoi di Twitter menunjukkan pasangan dipercayai pelajar sekolah sedang duduk di bawah pokok sambil berpelukan.

Man Manjoi dalam catatan di video itu menyatakan lokasi terletak di Taman Palma, Taiping namun waktu dan tarikh kejadian tidak dimaklumkan.

Rakaman itu mendapat reaksi pelbagai di kalangan pengguna maya termasuk menyelar tindakan remaja terbabit.

“Astaghfirullahal’azim…mana pergi maruah kamu adik kecil woi. Kalau tak reti malu pada manusia malulah pada Allah,” tulis CChupa88.

“Buat tempat terbuka senang nak cukupkan 4 saksi ke macam mana?” sindir Nadiah Huda.

Bagaimanapun, ada pengguna media sosial yang menegur tindakan penularan video berkenaan sehingga  mengaibkan remaja terbabit.

“Pada saya tegur tu dah betul dah tapi viralkan tu perlu ke?” soal Ruby.

Setakat ini, video berkenaan 53,600 tontonan dan 1,000 ulang kicau.

Artikel Berkaitan   “Ingat Kena Santau Ke Sihir, Tak Sanggup Lagi Menanggung Derita” Peminat Barang Antik Buka Cerita Beli Barang-Barang Sekali “Penjaga” Ikut Sama